Kontinjen Melaka Ungguli Persada Nasional
UKM, Bangi – 19 Nov 2009: Sekitar jam 9 pagi, kira-kira 600 orang peserta Karnival Sukan Belia Islam Nasional (KASBI) 09 sudahpun berbaris segak di hadapan Astaka Universiti Kebangsaan Malaysia untuk acara perasmian. Tidak ketinggalan kontinjen Melaka seramai lebih kurang 60 orang yang hadir menaiki bas dan beberapa buah kereta usai solat subuh di Masjid MMU. Kontinjen Melaka mempertaruhkan 3 pasukan bolasepak dan 1 pasukan bola keranjang untuk belia manakala bagi beliawanis, terdapat tiga acara dipertandingkan dan kontinjen Melaka menyertai ketiga-tiga acara tersebut iaitu Bola Jaring, Bola Keranjang dan Bola Tampar.
KASBI 2009 yang dianjurkan oleh PEMBINA dengan kerjasama ISMA ini bertitik tolak dari kesedaran bahawa Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul, senantiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu digunapakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.
Usai acara perasmian, kontinjen wanita bergerak ke GMI untuk melangsungkan acara yang dipertandingkan berasingan dengan golongan lelaki. Ini kerana penglibatan kaum wanita di dalam sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digarispanduankan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.
Di padang utama, kontinjen Melaka mencuri perhatian lawan dengan ket Read more
PEMBINA Anjur Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009
December 4, 2009 by ummu wafa
Filed under Hebahan Aktiviti
KARNIVAL SUKAN BELIA ISLAM NASIONAL 09 ANJURAN PEMBINA
Al aqlu salim fi jismi salim…
Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat.
Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian agar beliau dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.
Justeru, seseorang Muslim memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya agar akhirnya disayangi dan lebih disukai oleh Allah seperti dalam hadith yang mafhumya ‘Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’
Menyedari kepentingan dan keperluan penjagaan jasmani dan tubuh badan yang sihat, Persatuan Belia Islam Nasional akan menganjurkan satu Karnival sukan yang diberi nama;
Karnival Sukan Belia Islam Malaysia 2009!
Bertempat di Universiti kebangsaan Malaysia pada 19 Disember 2009
Sesuai dengan syariat Islam, tempat dan acara sukan bagi lelaki dan wanita akan diasingkan. Berikut adalah senarai pertandingan yang ditawarkan bagi Lelaki dan Wanita beserta yuran penyertaan bagi setiap pasukan;
Lelaki
1. Bola Sepak 6 sebelah – RM100/pasukan
2. Bola Tampar – RM120/ pasukan
3. Bola Keranjang – RM50/ pasukan
Wanita :
1. Bola Jaring – RM100/ pasukan
2. Bola Tampar – RM 100 / pasukan
3. Bola Keranjang – RM50/ pasukan
Oleh itulah marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan memeriahkan karnival sukan yang dianjurkan oleh PEMBINA untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa.
Bagi yang berminat untuk menyertai Karnival tersebut dan mewakili kontinjen Melaka dalam apa jua acara atau memberi apa-apa sokongan dan sumbangan, anda boleh menghubungi wakil kami di talian berikut;
- Lelaki – Akh Nazri (013-6207576)
- Wanita – Ukht Hidayah (013-3682505)
Allahuma a`fini fi badani, Allahuma a`fini fi sam’I, Allahum a `afini fi basori ..
Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku.
Wassalam,
Sidang Redaksi,
PEMBINAmelaka.com
Atlet Wanita Bangga Bertudung
February 3, 2009 by admin
Filed under Artikel Ilmiah, Sukan dan Rekreasi
RAMAI di kalangan atlet wanita Islam pada Sukan Olimpik Beijing memecahkan stereotaip Barat, dengan membuktikan pemakaian tudung tidak sekali-kali menghalang pembabitan mereka dalam aktiviti sukan dan kehidupan.
“Tudung tidak sekali-kali memberikan masalah kepada saya,” kata pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara yang mencatat sejarah bagi atlet wanita Islam selepas memenangi pingat emas Sukan Asia Barat 2006 kepada Reuters, Isnin lalu.
Temasya berkenaan yang bermula 8 Ogos lalu, akan memperlihatkan ramai wanita Islam berazam untuk mematuhi etika berpakaian berlandaskan agama ketika memburu emas di kejohanan berprestij itu.
Enam atlet wanita yang bertudung adalah dari Mesir, tiga atlet Iran, masing-masing seorang dari Afghanistan dan Yaman, mengambil bahagian dalam acara larian, dayung, taekwondo dan memanah.Ruqaya dan pendayung Iran, Homa Hosseini mendapat penghormatan kerana terpilih sebagai pembawa bendera bagi negara masing-masing pada majlis pembukaan sukan itu.
Dalam Islam, tudung adalah etika pakaian yang wajib bagi wanita dan bukannya simbol keagamaan, sebagaimana dikritik hebat di Barat, kebelakangan ini.Januari lalu, seorang pelari Islam dari sekolah tinggi Amerika ditarik keluar daripada pertandingan peringkat tempatan kerana memakai tudung.
Pada Mac tahun lalu, penggubal dasar Lembaga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), menyatakan tudung dilarang dalam sukan bola sepak.Peraturan itu dibuat selepas seorang pemain Islam Kanada digantung daripada sukan bola sepak kerana memakai tudung. Seorang kanak-kanak Kanada berusia 11 tahun juga dinafikan daripada menyertai acara Judo kebangsaan November tahun lalu kerana memakai tudung. Pemain pedang Mesir, Shaimaa El-Gammal, bagi kali ketiga di temasya Olimpik, memakai tudung bagi kali pertama dalam perlawanan. “Apabila saya berlawan pedang, saya bangga kerana saya seorang Islam,” kata wanita berusia 28 tahun itu. Ia sangat simbolik bagi wanita di negara saya,” katanya.Bagi Shaimaa, pemakaian tudung memberikan kekuatan dalaman kepadanya. “Orang melihat kami memakai tudung dan berfikir kami menunggang unta. Tetapi wanita Islam boleh melakukan apa saja yang mereka kehendaki,” katanya.
Kaum wanita di tanah air Ruqaya, iaitu di Bahrain sangat bangga dengan pelari negara terbabit yang menjadi perintis dalam temasya Olimpik itu.Sesetengah mereka bersepakat untuk mereka dan menjahit tudung khas berbentuk aero dinamik bagi membantu atlet mereka beraksi cemerlang dalam sukan terbabit. “Di Bahrain anda membesar dengannya,” kata Ruqaya, yang selalu memakai tudung berwarna putih dan merah, menyerupai warna bendera negaranya.”Kami mempunyai wanita yang menjadi duta, doktor dan juruterbang. Pada saya, ia adalah kebebasan,” katanya.
Sumber Rujukan: http://sinarnurani.blogspot.com/2008/10/isu-sukan-islam.html

