Seminar Dokumentari dan Motivasi “Antara Semalam dan Hari ini”

May 14, 2010 by ummu wafa  
Filed under Campus Zone

8 Mei 2010 – Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan satu Seminar Dokumentari danntara Semalam dan Hari ini”.  Seminar ini telah diadakan di Pusat Islam An-nur Politeknik Merlimau Melaka dan telah disampaikan oleh saudara Lukman Al-Hakim bin Muhammad selaku Pengerusi PEMBINA cawangan Melaka. Objektif seminar ini adalah untuk menerangkan kepada para peserta tentang sejarah umat Islam yang kian dipandang sepi oleh masyarakat pada hari ini. Seminar ini juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada para peserta mengenai tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 40 peserta lelaki dan perempuan yang terdiri daripada para pelajar dan pensyarah Politeknik Merlimau Melaka. Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 1.00 petang . Rata-rata peserta yang hadir menunjukkan minat yang mendalam terhadap topik yang dibentangkan terutamanya apabila sesi tayangan video yang menjadi selingan kepada pembentangan.

Disediakan Oleh:

Mohd Hidhir bin Ibrahim Hidhir

Seminar Keluarga Muslim

February 3, 2009 by admin  
Filed under Hebahan Aktiviti

Melaka: Menyedari kekusutan pergaulan sosial dan permasalahan para belia dalam menentukan hala tuju hidup mereka, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka menerbitkan satu inisiatif untuk menganjurkan Seminar Keluarga Muslim. Seminar yang akan diadakan pada 15 Februari 2009 ini terbuka kepada para belia Muslim yang tercari-cari sampel sistem pembinaan keluarga Islam seperti yang digariskan oleh syara’.

PEMBINA mengajaka adik-adik yang terlibat dalam masalah percintaan serta keliru dengan alam rumahtangga untuk seketika meluangkan masa mendengar perkongsian ini. Menjadi harapan agar seminar seperti ini mampu menyingkap ufuk baru dalam cara berfikir belia dan menyediakan mereka ke arah melahirkan generasi yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Sebarang masalah tentang seminar ini, diminta menghubungi Saudara Lukman di talian 019-2639964.

Jumpa di sana!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.