ADAM…
February 3, 2010 by ummu wafa
Filed under Kafe Cinta, Puitis

Adam..Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu..
Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…
PEMBINA Melaka meriahkan Walimah Fauzi dan Nurulhuda di Telok Mas, Melaka
December 9, 2009 by ummu wafa
Filed under Berita Ahli, Berita Semasa

Alhamdulillah, Rombongan PEMBINA Melaka berjaya mencuri sedikit masa untuk hadir ke Walimah Akh (saudara) Fauzi dan Ukhti (saudari) Nurulhuda di Telok Mas, Melaka. Akh Fauzi merupakan Pengerusi PEMBINA Cawangan Johor Bahru manakala Ustazah Nurul Huda Baharin merupakan siswazah lepasan al Azhar dan kini merupakan sukarelawan Aman Palestin di Johor Bahru. Didoakan agar Bait Muslim yang diikat dengan ikatan akidah dan matlamat ubudiah kepada Allah ini akan terus kekal akhirnya hingga ke syurga.
Kebiasaannya, apabila seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu seperti mana yang telah ditakdirkan. Semoga setiap dari kita yang telah membina bait muslim akan berusaha membentuknya dan menghidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan.

Akhirnya, kami di sidang redaksi PEMBINAMelaka.com ingin mengucapkan :
Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”
Maksudnya:
“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”
Harapannya lahirlah daripada pernikahan ini rijal-rijal ummah seperti Huzaifah , Usamah bin Zaid , Ali bin Abi Tolib, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain.
Wallahua’lam
Sidang Redaksi
PEMBINAMelaka.com
Hijrah Terakhir: Epilog
December 31, 2008 by admin
Filed under Cerpeneka, Kafe Cinta
Sedutan Episod Satu
Tapi katanya itulah cinta. Ah! Bagiku cinta sering benar tewas bersama mimpi rawan semalam…………
… bersambung
Tiga
Keinginan untuk merungkai kekusutan jiwa membawaku ke hadapan pintu utama masjid. Membatu menanti penceramah keluar, usai solat Isyak berjemaah. Sebaik melihat kelibatnya, salam kulontar. Mempalit kerut di dahinya.
Berdiri di hadapannya benar-benar mengundang dejavu. Mendetakkan debar. Namun, kuyakin dia masih tidak mengenaliku di sebalik purdah yang melindungi wajahku. Aku lantas memberanikan diri untuk memulakan bicara.
“Maaf kerana menggangu ustaz. Saya Ummu Musfirah. Tak pasti samada ustaz masih mengenali saya, tapi wajah ustaz seperti pernah saya kenal…” tersekat-sekat kataku.
“Jadi, awaklah Umrah?”
Angguk. Hari ini aku mendapat namaku kembali. Nama yang diberikan kepadaku tujuh tahun yang lalu.
“Ya, saya Umrah….” jawabku tertunduk malu. Titis gerimis yang satu persatu jatuh mencium bumi tunak kurenung.
“Dan ustaz, Amri Muqarr…….“
“Saya Amru Muqarrin, kembar kepada Amri Muqarrin…” pintasnya. Ada kejut yang menyambar sanubari.
“Sering benar dia menceritakan perihal awak kepada saya. Tentang kisah pertemuan pertama kalian di bumi ‘Down Under’, kisah zaman gelapnya, kisah hijrahnya menjadi manusia, perihal liku ranjau dia menawan hati awak dan akhirnya episod perpisahan kalian di sana.“
“Setelah pulang tanpa segulung ijazah dari Australia, dia benar-benar berubah. Hijrah agung katanya. Akhirnya dia mengambil keputusan nekad untuk mengubah haluan ke bumi anbiya’, mengutip mutiara-mutiara tinggalan ketamadunan Islam silam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia sempat menghafal Al-Quran sebelum menamatkan ijazah dalam bidang Usuluddin sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Tidak cukup dengan itu, dia turut bergiat aktif dalam gerakan dakwah dan tarbiah di sana. Malah saya sendiri menerima percikan taufiq darinya. Dialah yang mendekati saya, membisikkan kalimah penuh keimanan, membimbing saya menjadi muslim sejati dan akhirnya meyakinkan saya untuk bersama-samanya ke Mesir demi mengibarkan panji agama kebenaran ini.”
Aku terkelu. Kagum. Ternyata hijrahnya luar biasa setelah cintanya terdampar tak bersambut.
“Alhamdulillah. Hmm…..di mana dia sekarang, ustaz?” Aku memberanikan diri menyua tanda tanya yang aku sendiri berdebar menanti jawapannya.
Senyap. Lama kunanti Ustaz Amru menyambung tutur. Terlucut sabarku.
Masih diam. Yang kedengaran kini ialah tangis esaknya yang semakin meninggi. Aku melirik pandang, ada butir-butir jernih yang gugur dari kelopak matanya yang redup.
“Dia meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk urusan dakwah dari Mekah menuju Madinah, tersungkur mencium lahad, ditimbus debu-debu hijrah Rasulullah s.a.w. Dia pergi beberapa hari sebelum kami sepatutnya pulang ke tanahair. Berkali-kali dia nyatakan hasratnya untuk bersua Umrah sebaik tiba di tanahair. Ironik sungguh, insan pertama yang ingin dijejakinya Umrah, namun terlebih dahulu ditemuinya Allah.” Perlahan tukas ustaz Amru. Di juring kelopak matanya masih tersisa cecair jernih yang hampir kering.
Mataku berkaca. Menatang selimpah titis air mata. Terpempan mendengar jawapan yang begitu menghiris jiwa, persis ditusuk belati peristiwa lalu. Lantas fikiranku melayang, menjejak kembali setiap fragmen kenangan bersamanya. Satu persatu muncul di kota ingatku, lantas membentuk makna betapa hebatnya kuasa Ilahi mengubah manusia mengikut acuan kehendak-Nya.
“Maafkan saya Umrah. Saya minta diri dulu, ada ceramah seterusnya yang perlu saya sampaikan di Masjid Negeri. Assalamualaikum…..” salamnya memutuskan permainan akalku.
Belum sempat kujawab, ustaz Amru terus berlalu pergi. Meninggalkanku bersama hakikat yang masih cuba kucerna. Sedikit pahit untuk kutelan. Aku lantas berpusing mengatur langkah longlai untuk pulang sebelum suara ustaz Amru kembali bertamu lagi di gegendang telinga, mematikan tapakku.
“Umrah, sebelum Amri meninggal, dia pernah berbicara kepada saya. Betapa cintanya kepada awak tidak pernah luntur. Dan dia berubah bukan kerana Umrah, tapi demi mengejar cinta Allah!” Sedikit menjerit. Dapat kulihat prisma matanya menyimbah titis isyarat.
Tanpa kusedari sepasang mataku kini berjuraian air mata. Tidak terbendung lagi. Di celah-celah garis renyai, ada rasa berbaur yang menyelinap masuk, pantas mengusik emosi rapuhku.
Empat
“Doaku moga dikau temui insan terbaik buat menghiasi kamar hidupmu.”
Khidmat pesanan ringkas terakhir yang diutus sebelum kepulangannya ke tanahair kembali bertandang di relung ingatan. Hadir bersama hembusan bayu dingin Sungai Yarra, tempat pertama kali pesanan itu kutatap. Pedihnya! Dia telah pergi. Dan doanya masih tergantung di situ. Sedang aku terus sendiri di sini menanti insan ‘thiqah’, buat menyunting kuntum bunga di taman yang kian merekah.
****************************************************************************************************************
*Sayonara = Selamat tinggal
*Down Under = Nama jolokan/gelaran yang diberikan kepada negara Australia
*Thiqah = Dipercayai
Nukilan hati,
![]()
Saudara Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad
Presiden PEMBINA Cawangan Melaka.
Hijrah Terakhir: Episod Satu
December 31, 2008 by admin
Filed under Cerpeneka, Kafe Cinta
Lontaran suaranya lembut beralun, tersulam cantik dan beralas namun sesekali bagai dilambung tegasnya. Memanah jiwa, terus menderap kejap ke tempurung akal para hadirin yang membanjiri ruang solat Masjid Al-Ikhwan. Tuturnya melantunkan lagu keinsafan dan ritma penuh keimanan. Seperti tidak pernah bait-bait nasihat seumpama ini menyapa gegendang telingaku. Ya, unik dan tersendiri. Serba rinci dan penuh informasi. Kalimah ayat-ayat suci dan hadith Nabi yang melatari begitu fasih dan bersahaja diungkapkan, projeksi keluasan gudang ilmunya. Diksi serta ekspresi yang ditabur sepatah demi sepatah menggoncang pintu hati, menguak jendela pemikiran. Sekali dan abadi.
“Penggarapan nilai praktikal dari peristiwa hijrah Nabi yang mulia harus kita cernakan lumat-lumat. Inilah peristiwa agung yang disusun Allah untuk mentarbiah kita tentang makna sebenar hijrah.” Bergema suaranya ke segenap ruang solat masjid.
“Bukannya saya mengajak kalian semua bersama-sama menaiki unta berpindah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu!” Sesekali terpancul dekah ketawa di celah bernas senda dan pintar jenakanya.
“Hijrah dalam realiti kita hari ini berbeza. Hijrah ke arah kemantapan akidah, kesahihan ibadah serta kekukuhan akhlak. Menuntut penambahbaikan untuk memartabatkan panji Ilahi, lantas mengucap ’sayonara’ kepada karat-karat jahiliah. Itu yang kita mahu.” Padat inti katanya.
Ceramah sempena sambutan Awal Muharram 1430H dan Tahun Baru 2009 ini sememangnya berbeza dan sarat dengan intipati penuh makna.
Dari balik tabir yang memisahkan antara ruang solat lelaki dan wanita, sekilas sempat aku melempar pandang si empunya suara. Dari pandangan sisi, tampak tampan dan kemas. Ada satu sinar dari air mukanya yang jernih. Sebaik sahaja dia menoleh, Read more
Ankahtukaha…qabiltunikahaha’…
December 17, 2008 by admin
Filed under Kafe Cinta
11.12.2008 ! Genap 4 tahun Umm Wafa & Abu Wafa’ melayari hidup bersama. Tentunya terlalu banyak perkara utk dikongsikan tika mana satu persatu ukhti dan akh bertanya..
‘bg lah tips sikit..esok nak akad nie..huhu’‘camne nie..sgt cuak…’‘alamak..takde perasaan la..normal ke…apa pesanan?’
Musim walimah tiba lagi dan perkongsian ini diharap memberi manfaat pada yang membaca..
Semoga saudara dan saudari yang menghitung hari.. atau baru beberapa hari..atau jam..atau telah mula berdayung ke syurga sentiasa dalam redhaNya..moga sama-sama mengambil peringatan dan juga senantiasa bersedia atas segala kemungkinan dariNya…

Rumahtangga pendakwah Muslim tidak harus kaku dan beku. Ia seharusnya diwarnai dengan Read more

