La tahzan!

January 2, 2010 by ummu wafa  
Filed under Berita Ahli

Hidup merupakan sebuah pelayaran yang penuh dugaan dan ujian, ia bertujuan untuk mengetahui siapakah yang terbaik amalnya. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan bagimu, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka terbaik perbuatannya.” (QS. al-Kahfi: 17).

Begitulah yang dihadapi oleh salah seorang AJK PEMBINA Melaka, baru sahaja kehilangan datuk tempohari beliau diuji lagi. Kali ini, ujiannya mungkin lebih besar. Ibu tercinta pula dimasukkan ke hospital kerana terdapat pendarahan di  bahagian otak dan pembedahan terpaksa dilakukan segera untuk mengeluarkan darah beku yang ada. Dengan izin Allah, pembedahan di Hospital Pantai, Melaka yang berisiko tinggi itu telah selamat dijalankan. Keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih memerlukan perhatian serius daripada ahli keluarga dan doktor.

New Picture (2)

Pembedahan rumit dan segera begini sudah pasti memerlukan kos yang tinggi. Justeru, sidang redaksi ingin menyeru kepada para pembaca yang turut sama ingin menyumbang bagi meringankan sedikit beban beliau boleh lah berbuat demikian dengan membuat sumbangan kepada En. Amru  Iskandar Bin Borhan melalui Online Banking sepeti berikut:

Nama Bank: AmIslamic Bank

No Akaun: 159 002 006 105

Sila maklumkan kepada Saudara  Amru melalui SMS (019-626-0086) jumlah yang anda masukkan untuk tujuan pengurusan.

Begitulah pasang surut kehidupan, cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah SWT yang sebenar, ia menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Inilah Tarbiyah Allah yang menyemarakkan iman seseorang. Semoga hati – hati  yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt..

Berselirat segunung pengorbanan
Tatkala sendiri jiwa berdiri..harapan tergantung
Pada nur kasihNYA…Puncak tertinggi..Dia yang SATU

Tentunya banyak maa’ni yang boleh diambil dari rencah kehidupan ini, betapa kesihatan kita adalah pinjaman dari Allah yang menuntut untuk ia dipergunakan untuk senantiasa beribadah dan mematuhi titah perintahNya. dan kematian akan menjenguk kita bila waktunya, ia tidak akan lambat atau cepat walau sesaat…

‘faiza ja’a ajaluhum la yasta’jiluna wa la wasta’khiruna saah’

Dari itu, siapkanlah bekal buat menghadapi kematian dari saat ini..persiapan dari semua sudut..ruhi, aqli, jasmani, tidak ketinggalan mencarumlah di dalam skim takaful yang bersesuaian.

Akhirnya, seluruh warga PEMBINA Melaka mendoakan agar ibu kepada Ukht (saudari) Nabihah akan cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Moga ibu dan Ukht Nabihah sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T  ini.

New Picture

Disediakan oleh;

Saudara  Razak Abd Kassim,
AJK PEMBINAmelaka.