Posts Tagged PERSATUAN BELIA

PEMBINA Melaka Kumpul 400 Orang Belia.

Posted on December 7, 2011 by aizam

AYER KEROH, 3 Disember – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka (PEMBINA MELAKA) berjaya mengumpulkan lebih 400 orang belia menerusi Karnival Sukan Belia Melaka 2011 atau ringkasnya KASBEM 2011.

KASBEM 2011 merupakan program tahunan anjuran PEMBINA Melaka yang telah berjalan selama 2 tahun berturut-turut. KASBEM 2011 merupakan pertandingan sukan terbuka untuk semua belia di negeri Melaka [...]

Continue Reading

Pemuda dan Sejarah Dunia!

Posted on August 19, 2011 by aizam

Belia aset negara. Belia harapan bangsa. Belia pembela agama. Itu antara beberapa ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar. Mengapa belia selalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang besar dan hebat? Kira-kira 15.1 juta daripada 27.8 juta rakyat Malaysia merupakan belia yang berumur di antara 16-40 tahun. Manakala berdasarkan Population Referrence Bureau lebih 1.2 billion penduduk dunia adalah merupakan [...]

Continue Reading

Ramadhan Saat Memperkasa Jati Diri Belia – Roszida

Posted on August 19, 2011 by aizam

KAJANG, 15 Ogos 2011 – Ramadhan merupakan saat paling tepat untuk melakukan perubahan dalam diriterutama dalam memperkasakan jati diri sebagai belia Muslim. Demikian menurut Roszida Kamaruddin, JKP PEMBINA, dalam satu temubual bersama mediaPEMBINA di pejabat beliau. Roszida turut merujuk penulisan Yusuf al-Qardhawi yang mengatakan bahawa terdapat 5 rahsia ramadan iaitu:
1. menguatkan jiwa
2. mendidik [...]

Continue Reading

Belia Edar Kurma di Melaka Sentral

Posted on August 19, 2011 by aizam

Melaka Sentral, 14 Ogos – Seramai kira-kira 50 orang belia turun ke Melaka Sentral mengedarkan kurma, air mineral dan juga risalah Ramadhan kepada para pengunjung. Acara ini yang merupaka acara tahunan anjuran PEMBINA Melaka dengan kerjasama ISMA Melaka.
Program yang bertujuan menyebarkan kefahaman sebenar mengenai Ramadhan kepada masyarakat disamping juadah [...]

Continue Reading

Agen Perubahan Tanggungjawab Semua

Posted on July 12, 2011 by aizam

MERLIMAU, 8 Julai- Pengerusi PEMBINA Melaka menekankan bahawa setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan proaktif sebagai agen perubah kepada pelbagai kepincangan dan kemunduran yang melanda umat Islam di seantero dunia termasuk Malaysia pada hari ini.
Beliau berkata demikian ketika merumuskan Seminar BEST (Bongkar Estetika Sejarah Tamadun) yang dihadiri hampir 1,000 orang [...]

Continue Reading

Program “Ice-Breaking” pelajar Baru MMU Melaka

Posted on June 22, 2011 by aizam

Ayer Keroh, 18 Jun 2011 – Suasana damai diliputi pokok-pokok hutan dan pemandangan indah menjadi pilihan untuk sekumpulan belia beraktiviti. Kumpulan tersebut merupakan seramai hampir 30 orang mahasiswa dari Universiti Multimedia kampus Melaka yang mengikuti aktiviti Ice breaking yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka.
Tujuan program Ice Breaking adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim [...]

Continue Reading

Riadah Mingguan PEMBINA Melaka bersama Mahasiswa MMU & UTeM

Posted on June 22, 2011 by aizam

Batu Berendam, 19 Jun 2011 – Seramai lebih 40 orang mahasiswa daripada Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  berkumpul seawall jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan Batu Berendam untuk aktiviti riadah mingguan.
Semua mahasiswa ini dibahagikan kepada 6 kumpulan dan 2 gelanggang futsal telah digunakan untuk aktiviti riadah tersebut. Walaupun mahasiswa ini berbeza [...]

Continue Reading

Tahniah Malaysia, Juara Piala Suzuki AFF Akhiri Tirai 2010

Posted on January 2, 2011 by admin

Segala puji bagi Allah. Kemenangan anak muda di bawah kelolaan K. Rajagobal telah dijangka. Taktik bertahan dan menggunakan serangan balas secara mengejut nyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila mampu mendahului Indonesia apabila rembatan kencang kaki kiri Safee Sali menundukkan pertahanan terakhir Indonesia, Markus.
Serangan balas Indonesia hanya berhasil pada saat-saat akhir perlawanan, tatkala pemain Malaysia ramai [...]

Continue Reading

EXPLORACE PEMBINA Melaka Kembali lagi!

Posted on July 17, 2010 by ummu wafa

PEMBINA Melaka akan menganjurkan Explorace Siri Ke-II yang meliputi kawasan bermula dari Masjid MITC sehingga ke Pusat Bandar Melaka tanggal 25 Julai 2010.

Continue Reading

Gerai Konvo PEMBINA Di Politeknik Merlimau

Posted on April 3, 2010 by ummu wafa

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Melaka buat julung-julung kalinya telah berjaya mengadakan gerai pameran dan jualan di Politeknik Merlimau Melaka selama 3 hari bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-6.

Continue Reading
  •  
  •