Tahniah dan moga berbahagia ke akhir hayat.

Posted on June 28, 2011 by admin

PEMBINA Melaka ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada JK Media, Saudara Nurul Aizam Bin Zaini yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Saudari Nawwar Wafaa Binti Sulaman yang juga merupakan AJK PEMBINA Melaka.
Majlis resepsi penuh meriah telah berlansgung pada 26 Jun 2011 bertempat di Restoran Tomyam Klasik, Sungai Putat, Melaka.   [...]

Continue Reading

Kunjungan Hormat PEMBINA MELAKA ke JHEPP Politeknik Merlimau

Posted on June 22, 2011 by ummu wafa

MERLIMAU, 3 Jun- Satu kunjungan hormat oleh PEMBINA Melaka ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Merlimau, Melaka telah berjaya dilaksanakan hari ini.   PEMBINA Melaka yang diwakili oleh Pengerusinya, En. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad dan En. Muhammad Zulfikar Azlan sempat beramah mesra dan berbincang dengan En. Mohd [...]

Continue Reading

Bermusafir menyulam kasih

Posted on June 22, 2011 by ummu wafa

“Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih..”

Pada tanggal 11-12 Jun yang lalu, PEMBINA Cawangan Melaka telah menganjurkan ’Jaulah Kita’ dengan merentasi empat buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Selangor [...]

Continue Reading

Program “Ice-Breaking” pelajar Baru MMU Melaka

Posted on June 22, 2011 by aizam

Ayer Keroh, 18 Jun 2011 – Suasana damai diliputi pokok-pokok hutan dan pemandangan indah menjadi pilihan untuk sekumpulan belia beraktiviti. Kumpulan tersebut merupakan seramai hampir 30 orang mahasiswa dari Universiti Multimedia kampus Melaka yang mengikuti aktiviti Ice breaking yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka.
Tujuan program Ice Breaking adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim [...]

Continue Reading

Riadah Mingguan PEMBINA Melaka bersama Mahasiswa MMU & UTeM

Posted on June 22, 2011 by aizam

Batu Berendam, 19 Jun 2011 – Seramai lebih 40 orang mahasiswa daripada Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  berkumpul seawall jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan Batu Berendam untuk aktiviti riadah mingguan.
Semua mahasiswa ini dibahagikan kepada 6 kumpulan dan 2 gelanggang futsal telah digunakan untuk aktiviti riadah tersebut. Walaupun mahasiswa ini berbeza [...]

Continue Reading

Jaulah JKP ke Melaka

Posted on June 6, 2011 by aizam

ANGKASANURI, 29 Mei- PEMBINA Melaka menerima kunjungan Jawatankuasa Pusat (JKP) PEMBINA hari ini dalam rangka merencana perjalanan program serta mengkaji sasaran pencapaian terkini. JKP yang diwakili oleh Ustaz Salman Bin Abdul Rahman (Setiausaha Agong) dan En. Ibrahim Bin Mohd Hasan (Timbalan Presiden) meluangkan masa kira-kira 2 jam bersama barisan [...]

Continue Reading

Ahli PEMBINA Naik Tangga Kedua!

Posted on June 6, 2011 by ummu wafa

PEMBINA Melaka ingin mengucapkan tahniah serta Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang ahlinya, Ahmad Yassin Bin Azman dan pasangan Nurhidayah Binti Rahim (PEMBINA Sabah) yang selamat diijabkabulkan di Sungai Kantan, Kajang pagi ini (5 Jun 2011).  
Semoga mahligai cinta yang dibina mendapat berkat Ilahi, memperkasa perjuangan serta melahirkan generasi pewaris yang soleh dan solehah buat [...]

Continue Reading

Antara Pokok dan Manusia.

Posted on May 19, 2011 by aizam

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. kerana hari ini kita masih berdiri teguh dan insyaAllah moga moga keteguhan itu menjadikan kita terus berjalan di muka bumi dengan penuh rasa syukur dan ketaatan padaNYA.
Setelah berapa lama kita menikmati kehidupan di dunia ini, berapa banyak manfaat yang telah kita berikan kepada makhluk – makhluk [...]

Continue Reading

Komunikasi dan Sosial: Barat vs Timur

Posted on May 18, 2011 by ummu wafa

Pengalaman hidup dan berinteraksi dengan masyarakat Barat ketika zaman belajar mahupun ketika bekerja pasti memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi setiap individu. Rentetan pengalaman tersebut mampu memecahkan tembok pemikiran serta budaya stereotaip bagi seorang individu berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti kebanyakan dari kita. Rata-rata bagi yang pernah mendepani pengalaman serupa pasti akan bersetuju bahawa [...]

Continue Reading

ONLINE dengan Allah, OFFLINE dengan Syaitan?…

Posted on April 27, 2011 by ummu wafa

Salam…pe la maksud tajuk ni ek? cam bunyi2 ala-ala Internet la plak ek, biase kita ONLINE @ OFFLINE kalo main YM( yahoo massenger) je…ha, jgn pelik, cuba kita hubungkaitkan dengan Allah dan juga Syaitan…ONLINE, bermaksud kate mudahnyer sambung, kalo OFFLINE plak, putus, cam tu la lebih kurang…so, ONLINE dgn Allah, maksudnyer kita berhubung dgn Allah, manakala [...]

Continue Reading