Belia Edar Kurma di Melaka Sentral

Posted on August 19, 2011 by aizam

Melaka Sentral, 14 Ogos – Seramai kira-kira 50 orang belia turun ke Melaka Sentral mengedarkan kurma, air mineral dan juga risalah Ramadhan kepada para pengunjung. Acara ini yang merupaka acara tahunan anjuran PEMBINA Melaka dengan kerjasama ISMA Melaka.
Program yang bertujuan menyebarkan kefahaman sebenar mengenai Ramadhan kepada masyarakat disamping juadah [...]

Continue Reading

Seminar A.K.A.L (Adakah Kau Lupa) PMM

Posted on August 18, 2011 by aizam

Merlimau, 14 Ogos – Seminar A.K.A.L buat julung kalinya bagi tahun ini telah diadakan di Pusat Islam An- Nur, Politeknik Merlimau Melaka. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Merlimau Melaka. Program ini adalah anjuran bersama antara Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka.
Seminar [...]

Continue Reading

Badar: Manifestasi Keberanian Belia

Posted on August 18, 2011 by aizam

Peperangan Badar yang tercetus pada tahun ke-2 Hijrah adalah sangat sinomin dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak lantaran masa berlakunya jatuh pada tanggal keramat, 17 Ramadhan. Peristiwa agung ini tersohor sebagai antara peperangan paling getir yang merupakan penentu landskap ketamadunan Islam ketika itu. Masakan tidak, Badar merupakan peperangan pertama dalam Islam [...]

Continue Reading

Seminar Jati Diri Pupuk Kesedaran

Posted on July 15, 2011 by aizam

KPM Ayer Molek, 13 Julai- Seminar Jatidiri anjuran KPM Ayer Molek dengan kerjasama PEMBINA Melaka telah selamat diadakan pada 13 Julai dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar baru KPM Ayer Molek. Lebih kurang 100  orang peserta yang majoritinya merupakan pelajar baru Semester 1 bersama-sama dalam program seminar kali ini.
Seminar ini secara ringkas menggariskan [...]

Continue Reading

Agen Perubahan Tanggungjawab Semua

Posted on July 12, 2011 by aizam

MERLIMAU, 8 Julai- Pengerusi PEMBINA Melaka menekankan bahawa setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan proaktif sebagai agen perubah kepada pelbagai kepincangan dan kemunduran yang melanda umat Islam di seantero dunia termasuk Malaysia pada hari ini.
Beliau berkata demikian ketika merumuskan Seminar BEST (Bongkar Estetika Sejarah Tamadun) yang dihadiri hampir 1,000 orang [...]

Continue Reading

JEJAK PERAK

Posted on July 10, 2011 by aizam

Perak – PEMBINA MMU Melaka telah mengadakan jaulah ke Perak yang diberi nama Jelajah Ukhuwwah ke Perak (JEJAK). Jaulah pada kali ini disertai lebih kurang 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Multimedia University dan ahli PEMBINA Melaka. Sebanyak 4 buah kenderaan yang digunakan untuk jaulah kali ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguatkan [...]

Continue Reading

UTeM anjur seminar TEAM

Posted on June 28, 2011 by aizam

ANGKASANURI, 25 Jun- Seminar TEAM anjuran PEMBINA Melaka telah selamat diadakan hari ini dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).   Seramai 38 orang peserta yang majoritinya merupakan pelajar baru kursus Diploma bersama-sama dalam program seminar kali ini.
Seminar TEAM secara ringkas menggariskan [...]

Continue Reading

Tahniah dan moga berbahagia ke akhir hayat.

Posted on June 28, 2011 by admin

PEMBINA Melaka ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada JK Media, Saudara Nurul Aizam Bin Zaini yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Saudari Nawwar Wafaa Binti Sulaman yang juga merupakan AJK PEMBINA Melaka.
Majlis resepsi penuh meriah telah berlansgung pada 26 Jun 2011 bertempat di Restoran Tomyam Klasik, Sungai Putat, Melaka.   [...]

Continue Reading

Kunjungan Hormat PEMBINA MELAKA ke JHEPP Politeknik Merlimau

Posted on June 22, 2011 by ummu wafa

MERLIMAU, 3 Jun- Satu kunjungan hormat oleh PEMBINA Melaka ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Merlimau, Melaka telah berjaya dilaksanakan hari ini.   PEMBINA Melaka yang diwakili oleh Pengerusinya, En. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad dan En. Muhammad Zulfikar Azlan sempat beramah mesra dan berbincang dengan En. Mohd [...]

Continue Reading

Bermusafir menyulam kasih

Posted on June 22, 2011 by ummu wafa

“Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih..”

Pada tanggal 11-12 Jun yang lalu, PEMBINA Cawangan Melaka telah menganjurkan ’Jaulah Kita’ dengan merentasi empat buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Selangor [...]

Continue Reading