PEMBINA: Membina Belia Muslim Wawasan » Dari Meja Editor

Belajar Dari Anak Kecil
“Mi, nape gal yah?” seru anak sulung saya pagi tadi. (Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah?)

Tergamam saya seketika. Saban hari, umminya terpaksa memecut ke tempat kerja yang terletak kira-kira 37km seawal pagi. Mengejutkan anak kecil tika ayam masih mamai-mamai melagukan kokoknya sepertinya kurang belas ihsan. Justeru, Safiyyah yang masih nyenyak kepenatan terpaksa ditinggalkan dengan mimpi indahnya. Cuma kali ini lain responsnya.

Umurnya yang belum sampai 3 tahun sudah mengerti jatidiri kemanusiaan. Saya lantas berdo’a agar zuriat saya ini bisa membesar dengan misi yang kental menjadi barisan pejuang untuk agamanya.

Barangkali, bisa sahaja saya nukilkan dari kisah ini pertanyaan tentang apakah yang menyebabkan insan yang sudah akil baligh, sempurna didikan akalnya mampu melakukan perkara di luar norma kemanusiaan sedangkan anak kecil ini… Hmm.. tentang pelbagai hakikat jahiliyah alaf baru saban waktu meniti bibir. Namun, saya kira para pembaca sudah begitu arif.

Mari saya ketengahkan tentang satu sisi bicara yang lain.

Terkadang kita terlepas pandang kebolehan anak kecil menangkap pelbagai kosa kata, imej, bunyi, lagak gaya dan semacamnya dari pelbagai tontonan dan pendengaran harian mereka. SubhanAllah. Saya pun tidak sedar bila masa saya dan umminya mengajarkan seni hati merasa kesedihan ditinggalkan oleh orang tersayang.

Justeru, saya daftarkan beberapa percubaan memahami aneka ragam anak kecil dan pengajaran yang boleh kita ambil (jika kita mahu)

Buat Ibu Bapa (Atau bakal ..)

Pelihara tingkah laku, percakapan dan apa sekalipun kerana kita tidak betah mengetahui sejauh mana ianya mampu mempengaruhi anak-anak comel ini.

Kembangkan potensi mereka agar mewarisi segenap perkara positif yang ada di muka bumi.

Letakkan anak-anak dalam situasi dan suasana sesoleh mungkin. Pasangkan irama kalamullah. Ajarkan cerita-cerita  perjuangan. Para sahabat bercerita perihal Jihad dan Perang pada anak-anak mereka!

Yang lebih penting: Pengajaran buat para dai’e

Jadilah anak kecil. Mereka memposisikan diri menjadi orang yang tidak tahu tapi penuh dengan semangat inkuiri. Natijahnya, mereka rakus dengan ilmu baru. Senantiasa cuba belajar memperbaiki diri. Kita.. datang usrah/halaqah/kuliah untuk apa? Membesarkan kepala dengan ilmu-ilmu baru lantas tertidur dek beratnya timbunan dalam kepala?

Tirulah anak kecil ini. Mereka lantas tangkas mempraktikkan apa yang baru dipelajari. Kita bagaimana? Sudah ditegur para murobbi/naqib/guru tentang akhlak yang masih ditakuk lama tapi enggan berganjak. Karat jahiliyah yang semakin tebal tompokannya. Sudah-sudahlah. Esok belum tentu ada!

Belajarlah dari jatidiri si anak kecil. Dari tahu kepada mahu. Dari kognitif kepada psiko-moto. Dari pengetahuan kepada tingkahlaku. Dan si kecil menghayati dan menterjemahkan semuanya dengan hati yang tulus. Lantas, ia ’sampai’, mencuit dan menerbitkan reaksi balas orang sekitar.

Ayuh. Masa semakin suntuk untuk menjadi si anak kecil!

Nukilan,

Abu Khairah

Editor PEMBINAmelaka.com

KASBI 09: Buat mereka yang mahu berfikir…
Bismillahi Walhamdulillah …

Rafak takzim buat Tuhan pemilik jiwa ini. Salam selawat buat Baginda junjungan SAW.

Kesibukan yang memakan tenaga dan masa. Sudah lama ingin menukilkan sedikit perkongsian pengalaman. Ceritera anak muda yang sudah lama tidak mengenakan but emasnya. Perjalanan hidup yang panjang ini pasti menemukan kita dengan tetingkap yang senantiasa terbuka dengan ma’nawi (makna-makna) tarbiyyah. Ianya adalah kesempatan yang diberikan buat diri ini mengutip sedikit pemerhatian untuk dikongsikan atau setidaknya untuk bekalan diri menempuh liku dakwah yang panjang. Berikut merupakan sedikit analisa picisan yang telah saya tuliskan sehabisnya Karnival Sukan Belia Nasional 2009 (KASBI 09). Dimurnikan sedikit ayatnya untuk tatapan umum.

KASBI 09 yang penuh warna-warni menutup tirai dengan pelbagai pengajaran bagi mereka yang tidak pernah jemu mengutip mutiara hidup untuk bekalan di hari mendatang. Alhamdulillah, saya diamanahkan membawa pergi dan pulang panji Kontinjen Melaka. Mungkinnya cabaran yang terhidang banyak kurangnya dari pemegang panji badar. Namun, cukuplah untuk saya rasakan ianya suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jiddiyah dan rasa ketaqwaan. Alhamdulillah, Kontinjen Melaka pulang dengan 3 kejuaraan di samping kenangan manis yang pelbagai.

Mari kita lihat sejenak apa yang berlaku di sebalik kejayaan merangkul Kejuaraan Kesuluruhan KASBI 2009.

Petronas TA – Blessing in Disguise?

Petronas memasuki fasa yang mereka berikan gelaran Turnaround atau ringkasnya TA. Kebanyakan AJK PEMBINA Melaka merupakan Jurutera yang terlibat. Kerja setiap hari selama 12 jam samada shift malam ataupun siang. Dengan hampir lebih separuh tenaga AJK PEMBINA terguna di lapangan kerja, ahli mesyuarat PEMBINA Melaka hampir-hampir tidak tahu sejauh mana kekuatan kontinjen dengan senarai para pemain kelihatan samar-samar. Pasukan apa yang ingin dihantar pun masih tidak tahu.

Kelibat pertahanan kental seperti Bro. Sa ni dan Harris, midfield libero seperti Lukman, Syidi dan Aizat serta yang lain-lainnya memakai baju kuning PETRONAS kelihatan tidak sedikitpun membantu persiapan kontinjen Melaka untuk ke KASBI kali ini.

Namun begitu, sedikit tazkirah yang tidak juga sedikit pengajarannya, mungkin sekiranya TA tidak berlaku, mereka ini akan pakat bermain sama dan kontinjen Melaka tidak pulang dengan apa-apa pingat? Sedikit sarcasm, namun mari kita imbas secara kritis. Di sini kita belajar sesuatu…

Dakwah dan Penggarapan Umum.

Kita memerlukan massa (samada faham kepentingan dakwah mahupun tidak) untuk turut meyokong arus hidup beragama yang kita impikan. Keluar dari kotak fikir ekslusif bukan suatu yang mudah tapi perlu diusahakan.

Sepertimana tulisan terbaru Saudara SUA ISMA, akhi Aminuddin perihal mencipta krisis, tidak dinafikan kepadatan aktiviti dengan penggunaan tenaga yang hampir optima serta TA telah mencipta ruang untuk AJK PEMBINAmelaka bertindak balas secara kreatif dan kritis. DI sinilah kita belajar praktikum dan aplikasi penggarapan umum dalam dakwah.

Membaca cerita Saudari Usu dan kontinjen wanita tentang penggarapan umum dengan masyakarat bola jaring setempat dan melihat sendiri mereka turun sama turun padang menghulur sumbangan di KASBI merupakan bukti bagaimana dakwah seharusnya menempatkan diri dalam susuk tubuh masyarakat itu sendiri. Begitu juga bagaimana ceritera anak-anak muda Taman Bukit Rambai dikumpulkan dan mampu mendengar arahan dan dorongan Ustadz Afif.

Mereka orang yang mungkin hanya mahu bersukan. Namun, kita bertanggungjawab untuk  mencorak dan menyuntik semangat kesukanan ala Islami. Mempertontonkan bahawa di sana adanya masyarakat Islam yang prihatin hal kesukanan. Kita sendiri yang mungkin sesekali menunaikan hak kewajipan badan pastinya tidak sehebat mereka. Mungkin kita pakar dalam perihal baikpulih mesin, penyelidikan, pengucapan umum dan sebagainya, kita harus akur bahawa merekalah yang lebih ahli dalam hal kesukanan. Teringat bilamana makcik makcik ini menyuarakan kepelikan mereka,

“Depa ini main netball bertudung labuh tak rimas ke?”

“Dah biasa kot..” rakannya laju membalas..

“A aa..” balas seorang akhowat mengiyakan.

Ayuh, Kita Cipta Ruang !

Pasukan dari daerah lain mungkin masih menggunakan ahli-ahli dalam takungan untuk mewakili kontinjen mereka. Maka, di sinilah kelebihan Melaka yang harus kita kongsikan bersama rakan-rakan dari negeri lain. Begitu juga saya lihat tikamana kami diperkotak-katikkan oleh Naib Johan dari Kedah yang rata-ratanya pakcik-pakcik yang mungkin merupakan kenalan ikhwah di sana. Anekdot yang saya ingin bawa untuk difikir di sini ialah perihal mengolah sisi upaya masyarakat pada kadar yang setara keupayaan mereka mampu menolak dan melonjak dakwah dengan lebih berkesan.

Akhirnya nama Melaka harum. Sesekali kita tidak lupakan bahawa ia adalah hasil bantuan umum. Kita sendirian pasti mengambil masa yang lama malah mungkin terkubur jika masih berlegar dalam ruang ekslusif. Memandu kerjasama dan hubungan erat dengan massa pasti akan mendatangkan hasil positif dalam dakwah yang ingin kita bawa. Berdikit tapi jelas halatujunya.

Begitulah sedikit analisa picisan yang dapat saya rungkaikan dari observasi. Sedikit buah tangan untuk kita fikirkan bersama. Menggarap dan menggerakkan massa seramai mungkin adalah agenda dalam langkahan amal yang perlu kita ambil kira. Relevansi kita adalah sejauh mana kita mampu melakar perilaku umum mengikut rentak yang diajari Islam.

Melaka, ayuh kita kekalkan rentak ini. Terus maju ke hadapan!

Allahu’alam

Disediakan oleh:

Saudara Khair Razlan Othman,

Ketua Editor,

Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.

http://ibnukhair.wordpress.com

P/S: Kepada ikhwah PETRONAS yang dikasihi, kami merindui kelibat antum di atas padang… lontaran idea tidak sesekali memperkecilkan kebolehan ikhwah. Ianya adalah untuk sesama kita ambil iktibar dari sisi pandang yang lebih kritis tanpa sedikitpun mencalarkan kredibiliti ikhwah yang memang semuanya hebat dalam apa jua lapangan ;P…

Mujahadah: Akhlak atau hanya retorik berkala ?
Sketsa 1: Si budak comel

“Safiyyah nak pi school dak? Jom kita pakai shoes” ajak saya buat anak comel yang seorang itu di pagi Isnin yang indah.

Bingkas terus si Safiyyah bangkit dari duduk dengan tangan mengenggam erat segumpal kismis yang dibekalkan. Terhoyong ke kanan dan ke kiri mengatur langkah kecil. Seketika masuk ke ruang tamu terus diacahnya kerusi ala jepun. Minta didudukkan. Senang pakai shoes agaknya. Sudahnya, kakinya digoyang sambil mengacu untuk disuakan sepasang kasut merah.

Semangat si budak comel untuk menyambung sessi pra-tabikanya…

Sketsa 2: Zaman Awal Kanak-Kanak

“Mak, mana pensil box angah ye, angah dah isi barang-barang baru tadi malam tu“, jerit saya pagi itu.

Hari pertama sekolah. Melangkah masuk ke darjah 6 Kuning dengan semangat yang senantiasa mekar membara. Semangat yang tidak pernah pudar sejak kali pertama melangkah ke sekolah usang itu 5 tahun yang lalu. Barangkali semangat seorang yang tidak pernah tidak hanya kenal erti cemerlang di tangga pertama kelas saban tahun.

“Ada tu, dalam beg Angah yang lama tu. Mak dah masukkan. Bekal sarap pun mak dah siapkan kat tepi beg tu. Jangan lupa bawak“, ujar mak tenang.

Digelengkan kepala yang tak pening itu melihat semangat anaknya yang kedua itu. Tahun ni UPSR. Moga Allah kekalkan semangatnya, pinta mak jauh di sudut hati.

Semangat anak harapan FELDA untuk melakar sejarah…

Sketsa 3: Pra-Belia

“Bro, dah daftar subjek ke? Berapa subjek eh sem ni..” ujar seorang teman rapat.

“Dah. Awal-awal lagi. Nak kelas best plus lecturer baik. Kena lah daftar awal. Kang kelas dah penuh,” terang saya.

“Nie hah jadualnya. Kalau nak kelas sama aaa“, tambah saya lagi sambil menyuakan jadual yang sudah didokumentasikan dan dicetak kemas. Masih panas lagi jadual yang sudahpun turut dilaminasi. Memang itu tabiat saya. Menyediakan bahan untuk masuk ke kelas sejak awal semester lagi. Tiada lah kelam kabut mencari kelas di mana esok harinya.

“Err, dude ada nota untuk subjek Database kita tak? “

“Tu hah atas meja. Ambiklah sendiri…”, mencuih mulut saya bersungguh menunjukkan kelibat nota yang telah tersedia berjilid. Bukan mudah untuk berjaya. Tasawwur tentang saling kaitan pengorbanan dan natijah kejayaan harusnya dimulai seawal semester. Meletakkan tekad dan iltizam yang tepat di kotak minda pastikan mampu memayungi jalan yang masih kabur sudahnya.

Semangat pemuda Muslim yang dambakan kemuliaan..

Sketsa 4: Saya masih budak baru belajar.

“Assalamu’alaikum and Good morning guys” sapa saya memulakan kelas pagi Isnin yang lalu setelah berehat 3 minggu sementelahan cuti akhir semester.

Suram. Koleksi muka-muka yang keperitan. Mungkin penat berjuang melawan si cerdik syaitan yang menggoda di pinggir katil. Isnin. 8 pagi. Hari pertama semester baru. Tiada frasa yang mampu menggambarkan keadaan siswa-siswi alaf baru ini.

“Disaster!!” Mungkin itu yang paling hampir.

“I already uploaded the notes since last week… Emm.. anybody got it printed aight?” tanya saya.

Satu. Du.. Du.. Du..

“Only one.. Hmm, we gotta cancel our class though..” laju bicara meluncur dari bibir. Kecewa? Barangkali.

“Bla bla bla…..”

“Ok guys, that’s all for today. Don’t forget to print ya material yeah. See ya next Thursday. Cheers!”

“Assalamua’alaikum Warohmatullah..” saya menyudahkan syarahan. Satu perempat dari 2 jam. Lebih wajar dari 2/2 dengan hanya seorang yang bersedia.

Phewww..

Mujahadah. Klaus yang menggambarkan satu api perjuangan yang membara. Kosa kata yang didefinasikan sebagai semangat juang yang konsisten. Justeru itu, dominannya mujahadah menemani perjalanan hidup yang tidak tentu pendek panjangnya adalah suatu yang harus difikirkan. Ianya bukan hanya sekadar retorik dan permainan si budak kecil. Ianya adalah penentu kesudahan hidup kita. Husnul khotimah.

Saya suka bicara isu mujahadah dalam konteks para pemegang amanah di atas jalan ini. Sejauh mana kita memperbaharui semangat untuk terus thiqoh dan tsabat di atas jalan dakwah yang mulia ini. Sebagaimana anak kecil yang tidak mampu melelapkan matanya menunggu hari esok demi memperagakan baju dan kasut barunya di hari pertama sekolah, sebegitu jugalah, malah harus lebih baik semangat kita dalam memperkasakan perjuangan ummah ini.

Hari ini harus lebih baik dari semalam. Dan esok harus dipastikan lebih baik dari hari ini.

Mujahadah adalah indikator kejayaan tarbiyah seorang pelajar Muslim. Mujahadah juga ibarat kayu ukur kesungguhan seorang Muslim dalam menterjemahkan amal praktis Islami secara konsisten dalam hidupnya. Mujahadah hanya akan ternoktah dengan panggilan Ilahi. Itupun jika tidak diberi peluang hidup kali kedua. Jika ada, pastinya semangat itu akan terus hidup berlipat kali ganda.

Seorang Muslim tidak pernah kenal erti jemu dan jenuh,

Seorang Muslim tiada frasa putus asa dalam kamus hidupnya,

Seorang Muslim tidak pula pernah merasa cukup dan selesa,

Seorang Muslim yang benar harus senantiasa teruja semangatnya..

Harus senantiasa mencorakkan suatu yang positif dalam kotak fikirnya,

Wajar juga dia mengusahakan perihal kreatif dan inovatif,

Melihat hari esok dengan sinar mata yang berkobar,

Mereka kematian dalam rasa penuh tawadu’..

Dengan mujahadah sebagai perisai…….

Justeru, pesanan buat saya dan rerakan yang lain, agar terus muhasabah dan menilai tahap mujahadah kita saban hari. Mungkinkah kita sudah ada rasa berpada dengan apa yang ada. Atau kita senantiasa mendambakan suatu yang lebih positif.

Nah, biarpun anda seorang Muslim era 50-an, jiwa harus terus tegar disirami lagak mujahadah al-Qassam!!

Bagi pihak sidang editorial PEMBINA Melaka, tidak terlewat untuk saya mengirimkan salam ukhuwah buat para pembaca. Muga dengan sokongan yang diberikan, kami akan senantiasa mujahadah dalam perjuangan di alam maya ini. InsyaAllah, sedikit masa lagi, laman sesawang PEMBINA akan dirasmikan pelancarannya. Moga Allah mengurniakan kami kekuatan dari semasa ke semasa dengan usaha sekecil ini untuk terus meneladani masyarakat.

Pada Allah jua kami panjatkan harapan dan pertolongan..

Dari Meja Editor,

Saudara Khair Razlan Othman,

Ketua Editor,

Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.

http://ibnukhair.wordpress.com

Eid Mubarak 1429 Hijriyah.
LabbaikAllahumma Labbaik !!

Hari ini, barisan jemaah haji menyahut panggilan Allah SWT, menunaikan wukuf di padang Arafah, salah satu rukun ibadah haji yang mana jika tidak dapat dilaksanakan, makanya sia-sialah akan keberangkatan mereka ke tanah suci pada tahun itu. Amalan memperbanyakkan zikrullah dan memohon keampunan daripada Yang Maha Pencipta terutamanya pada hari ini dan kemudiannya pada hari tasyrik banyak kedapatan dan telah juga disebut dalam Al-Quran,

Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [2:198-199]

Bicara tentang Eid Adha pastinya tidak pernah melepaskan kita untuk turut mengenang kisah kurban dan pengorbanan dua insan mulia, Ibrahim dan Ismail alaihissalam. Akan pasti terngiang di halwa telinga kita betapa hebatnya hamba Allah yang mulia ini dalam konteks ketaatan mereka yang tiada berbelah bahagi terhadap perintah Allah SWT. Bahkan, saya kira tidak keterlaluan jika dikatakan para pembaca sudah amat masak dan sinonim dengan cerita ini, yang akhirnya melahirkan golongan yang berlumba-lumba mengorbankan peliharaan mereka tatkala Eid Adha menjelang, lantaran berkongsi aspirasi yang sama tentang ertikata pengorbanan. Alhamdulillah.

Namun, bicara Editor kali ini cuba menyingkap perihal ibrah dan pengajaran dari ibadah mulia ini melalui sudut pandang yang jarang diperbahaskan. Ketaatan hamba Allah Ibrahim a.s. amat ketara. Thiqah baginda pada jalan da’wah memberi faham pada kita, golongan terkemudian ini bahawasanya agama ini menuntut perjuangan yang tidak boleh disukat dengan ilmu matematika moden. Reaksi spontan Ismail a.s. kemudiannya diterjemahkan sebagai keperibadian unggul seorang anak terhadap perintah bapanya. Saling kaitan langsung antara seorang ayah dan anaknya dalam rangka menjelmakan episod saling membantu mencorakkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

Ke mana hilang jejak peranan hawa? Ada sesuatu yang perlukan lebih ketelitian. Perhatikan suasana yang melatari peristiwa ini. Siapa gerangannya insan hebat yang membayangi peribadi dua insan Nabi Allah ini. Jarang kedengaran namanya tidak memungkinkan yang kelibat dan peranannya hanya sekadar picisan. Siti Hajar. Peribadi segah namanya. Nabi Allah Ibrahim a.s. berdo’a agar mereka dikurniakan zuriat dan Ismail a.s hadir sebagai kurniaan Allah setelah satu penantian. Namun, kerja da’wah Nabi Ibrahim a.s. memaksa baginda meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tanah kering kontang. Baru hendak bersua dan mengenal mesra, terpaksa ditinggal si kecil Ismail a.s. Begitulah kehidupan kecil Nabi Allah Ismail a.s.

Justeru. Masakan mungkin anak sekecil ini mempunyai keperibadian sebegini unggul. Ditinggalkan ayahnya sehelai sepinggang barangkali. Dibesarkan oleh ibunya dalam keadaan serba kekurangan. Tidak merasa kehangatan belaian dan ketegasan seorang yang bergelar ayah. Seribu satu sebab untuk si kecil ini memberontak dan membesar sebagai orang yang punya konflik peribadi. Malah, tidak semena, tika punyai kesempatan bersua ayah kesayangan, disapa pula berita yang dia harus menjadi korban!!

Mungkin ada segelintir para ibu hari ini yang mengapikan anak-anak tentang perihal ketidaktanggungjawaban ayahnya atau mungkin setidaknya memperburuk imej ayah tatkala diperlaku sedemikian rupa. Lebih buruk jika mereka yang hidup dalam keluarga dai’e. Kurang atau enggan memahami dengan jelas perilaku si suami yang menuntut pengorbanan lebih di medan da’wah. Lantas, ketiadaan sang ayah dijadikan asbab segalanya.

“Mak, abah kemana. Sehari along tak nampak?” tanya si anak, mengharap jawapan.

“Camtulah bapak ko, keluar tetiap malam. Usrah konon, didik anak orang, anak sendiri dilupa”, ujar si ibu dalam emosi.

Lantas si anak memusuhi ayah. Turut sama menjadi mangsa, karier si ayah yang keluar berdakwah di jalan Allah. Persepsi anak, kerja seperti ini hanya membazir masa dan penyebab keruntuhan rumahtangga. Natijahnya, kerukunan rumahtangga menjadi gadaian dan agenda keterusan dakwah termati tidak bernoktah.

Makanya. Wahai kaum ibu. Contohilah wanita ini. Kisahnya terlalu sedikit dinukilkan oleh mata pena. Namun, cukuplah sekadar apa yang saya cuba utarakan. Tidak mungkin Ismail a.s. dengan rela hati menyerahkan tubuhnya pada seorang ayah yang jarang-jarang mendakap dan mengucup erat dirinya, jika tidak kerana didikan wanita ini. Omongan sebelum tidur barangkali, bicara jalanan mungkinnya atau bisa sahaja bahas serius tentang perihal ayahnya yang sangat hebat. Mendidik anak tentang ayah dan kesucian ruang kerjanya yang mengajak manusia mentaati Allah, dengan sesekali mengangkat dan memuji imej ayah dihadapan anak pasti sahaja bisa melahirkan rasa hormat yang mendalam. Ketiadaan ayah di hadapan mata tidak seharusnya mendatangkan masalah untuk kaum ibu memprojeksikan imej rabbani maya sang ayah yang tekun, berani dan luhur menyebar risalah mulia ini. Nah, pastinya si anak akan saban hari menantikan saat bila ketemu bapa si perwira hatinya.

Contengan kali ini kelihatan agak panjang, namun pengajarannya amat jelas. Hari raya Korban mendatangkan satu seruan yang tidak kurang hebat untuk si ibu. Kaum ibu punyai peranan yang besar. Pendidik semulajadi nombor satu!! Gerak kerja dibelakang tabir ini mungkin tidak mampu menabalkan anda dengan pelbagai hadiah mahupun gelaran hormat, tapi yang pastinya ia telahpun berupaya mencetak perwira-perwira ummah silih berganti. Kisah pengorbanan Siti Hajar yang diabadikan lewat ibadah Sai’e mewajarkan golongan para ibu mendokong tanggungjawab ini dengan penuh sedar. Buat pria dakwah yang mahu mendiri rumah tangga saat cuti sekolah ini, pastikan anda telah memilih ibu yang terbaik untuk bakal-bakal penyambung usaha murni anda.

Justeru, wahai kaum ibu. ibadah qurban masih relevan dengan peranan anda. Buat si anak, sanjungilah kaum Ibu. Buat si ayah mahupun bakal ayah, pastikan ibu anak anda berupaya menjejak kemuliaan Siti Hajar !!

Di kesempatan ini, saya mewakili sidang editorial PEMBINA Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Eid Adha untuk semua kaum muslimin dan muslimat. Moga tahun yang mendatang menyaksikan lebih banyak pengorbanan dari kita. Eid Mubarak, Taqabbalallahu minna wa minkum!!!

Allahu’alam,

Saudara Khair Razlan Othman,

Ketua Editor,

PEMBINAmelaka.com

9 Dzulhijjah 1429 Hijriyah.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat pemimpin ummah yang ulung, Muhammad SAW. Seterusnya dipanjatkan do’a buat para Sahabah R.A, golongan anbiya’, salafussoleh serta pengikut-pengikut manhaj ini sehngga ke hari kiamat kelak.

Alhamdulillah. Lafaz kesyukuran yang sepatutnya senantiasa bermain dibibir mereka yang dikurniakan anugerah iman dan Islam yang tidak terhingga ini. Alhamdulillah, buat pertama dan kesekian kalinya, PEMBINA Melaka merafaqkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang dengan limpah kurnia dan inayahnya mengizinkan dakwah Islamiyah yang suci ini terus maju ke hadapan.

Persatuan Belia Islam Nasional atau ringkasnya PEMBINA cawangan Melaka sudah lama bergiat aktif dalam merencanakan agenda kebangkitan ummah. Dengan golongan belia Muslim menjadi sasaran, PEMBINA telahpun setakat ini menjayakan pelbagai aktiviti ke arah menggerakkan golongan belia agar memahami Islam sebagai satu konteks kehidupan yang syumul. Dari perkelahan di tepi pantai ke aktiviti panjat gunung, dari kelincahan beraksi di atas padang futsal kepada ketekunan menuntut ilmu di bilik seminar, aktiviti seperti ini diharapkan mampu memberikan impak yang berterusan di dalam proses memperbaiki keperibadian golongan belia yang seterusnya kami yakini bakal menjadi tunjang survival ummah ini.

Justeru, lahirnya PEMBINA Melaka ke alam maya ini diharapkan bukan sekadar menyerikan pentas dakwah malahan mampu memimpin golongan belia untuk lebih deras dan pro-aktif dalam meneroka pendekatan dan metodologi dakwah yang pelbagai. Laman sesawang ini bakal memuatkan pelbagai santapan rohani, thaqafah Islamiyah, hebahan dan laporan aktiviti terkini serta perkongsian pelbagai cabang keilmuan sebagai antara alat pelengkap wasail tarbiyah dewasa ini.

Sidang redaksi mengharapkan sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan pembaca samada ahli atau bukan ahli, tua atau muda untuk turut sama memerah keringat di medan. Sebarang teguran, saranan, perkongsian bahan bolehlah diajukan kepada sidang redaksi PEMBINA Melaka di talian e-mail, pembina.melaka [at] gmail.com.

Sebagai kalam akhir, bagi pihak editorial PEMBINA Melaka, kami memanjatkan do’a agar usaha kami yang sedikit ini mampu melonjakkan amal dakwah ini ke fasa yang lebih baik. Do’a kami agar kami senantiasa dikurniakan kekuatan untuk terus mengesani masyarakat dan mudah-mudahan usaha ini diberikan ganjaran yang setimpal di hari konvokesyen kelak.

Allahu al-Musta’an

Saudara Khair Razlan Othman,

Ketua Editor,

Sidang Editorial PEMBINAmelaka.com

em>