Archive for the Campus Zone Category

TOT bantu penggerak PEMBINA rangka strategi

Posted on September 17, 2011 by aizam

Batu Berendam, 11 Sept – Lebih 40 pelajar Institut Pengajian Tinggi di seluruh Melaka yang merupakan Penggerak PEMBINA IPT masing -masing menyertai ‘Training of Trainers’ (TOT) anjuran PEMBINA cawangan Melaka di pejabat pada 11 september lalu.

Peluang tersebut digunakan peserta terbabit untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini dari pimpinan PEMBINA selain merangka stategi PEMBINA di setiap IPT [...]

Continue Reading

Seminar A.K.A.L (Adakah Kau Lupa) PMM

Posted on August 18, 2011 by aizam

Merlimau, 14 Ogos – Seminar A.K.A.L buat julung kalinya bagi tahun ini telah diadakan di Pusat Islam An- Nur, Politeknik Merlimau Melaka. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Merlimau Melaka. Program ini adalah anjuran bersama antara Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka.
Seminar [...]

Continue Reading

Seminar Jati Diri Pupuk Kesedaran

Posted on July 15, 2011 by aizam

KPM Ayer Molek, 13 Julai- Seminar Jatidiri anjuran KPM Ayer Molek dengan kerjasama PEMBINA Melaka telah selamat diadakan pada 13 Julai dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar baru KPM Ayer Molek. Lebih kurang 100  orang peserta yang majoritinya merupakan pelajar baru Semester 1 bersama-sama dalam program seminar kali ini.
Seminar ini secara ringkas menggariskan [...]

Continue Reading

Agen Perubahan Tanggungjawab Semua

Posted on July 12, 2011 by aizam

MERLIMAU, 8 Julai- Pengerusi PEMBINA Melaka menekankan bahawa setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan proaktif sebagai agen perubah kepada pelbagai kepincangan dan kemunduran yang melanda umat Islam di seantero dunia termasuk Malaysia pada hari ini.
Beliau berkata demikian ketika merumuskan Seminar BEST (Bongkar Estetika Sejarah Tamadun) yang dihadiri hampir 1,000 orang [...]

Continue Reading

JEJAK PERAK

Posted on July 10, 2011 by aizam

Perak – PEMBINA MMU Melaka telah mengadakan jaulah ke Perak yang diberi nama Jelajah Ukhuwwah ke Perak (JEJAK). Jaulah pada kali ini disertai lebih kurang 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Multimedia University dan ahli PEMBINA Melaka. Sebanyak 4 buah kenderaan yang digunakan untuk jaulah kali ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguatkan [...]

Continue Reading

Program “Ice-Breaking” pelajar Baru MMU Melaka

Posted on June 22, 2011 by aizam

Ayer Keroh, 18 Jun 2011 – Suasana damai diliputi pokok-pokok hutan dan pemandangan indah menjadi pilihan untuk sekumpulan belia beraktiviti. Kumpulan tersebut merupakan seramai hampir 30 orang mahasiswa dari Universiti Multimedia kampus Melaka yang mengikuti aktiviti Ice breaking yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka.
Tujuan program Ice Breaking adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim [...]

Continue Reading

Riadah Mingguan PEMBINA Melaka bersama Mahasiswa MMU & UTeM

Posted on June 22, 2011 by aizam

Batu Berendam, 19 Jun 2011 – Seramai lebih 40 orang mahasiswa daripada Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  berkumpul seawall jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan Batu Berendam untuk aktiviti riadah mingguan.
Semua mahasiswa ini dibahagikan kepada 6 kumpulan dan 2 gelanggang futsal telah digunakan untuk aktiviti riadah tersebut. Walaupun mahasiswa ini berbeza [...]

Continue Reading

Riadhah UTem Jalin Kemesraan

Posted on February 17, 2011 by ummu wafa

 

Ayer Keroh, 12 Februari: Usia muda merupakan peringkat usia yang penuh dengan semangat, iltizam dan tenaga.  Semangat yang tinggi merupakan aspirasi buat pemuda dalam melakukan segala perkara baik dalam aspek fizikal, mahupun mental dan rohani.
Justeru bagi membina peribadi muslim yang bukan sahaja baik akhlaknya, tetapi jua kuat tubuh badannya, Pembina UTeM telah menganjurkan riadah mingguan [...]

Continue Reading

Mati itu PASTI

Posted on January 20, 2011 by ummu wafa

 

BATU BERENDAM, 14 Januari – Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, PEMBINA UTeM telah berjaya melangsungkan program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) bertempat di Masjid An-Najihin, Batu Berendam, Melaka. Disertai oleh hampir 40  peserta, program ini bermula pada jam 10 malam di mana semua peserta dari kawasan Bukit Beruang berkumpul di Surau Al-Zubair sebelum memulakan konvoi [...]

Continue Reading

Kembara Ukhuwwah Demimu al-Aqsa

Posted on August 5, 2010 by ummu wafa

Usia muda merupakan peringkat usia yang penuh dengan semangat, iltizam dan tenaga.  Semangat yang tinggi merupakan aspirasi buat pemuda dalam melakukan segala perkara baik dalam aspek fizikal, mahupun mental dan rohani.
Justeru itu, pada 17 Julai lepas pihak PEMBINA telah meraikan semangat pemuda  yang tinggi  dengan membawa para mahasiswa Politeknik Merlimau Melaka khususnya yang bergelar junior [...]

Continue Reading