Belajar Dari Anak Kecil

June 24, 2010 by admin  
Filed under Dari Meja Editor

“Mi, nape gal yah?” seru anak sulung saya pagi tadi. (Ummi, kenapa tinggalkan Safiyyah?)

Tergamam saya seketika. Saban hari, umminya terpaksa memecut ke tempat kerja yang terletak kira-kira 37km seawal pagi. Mengejutkan anak kecil tika ayam masih mamai-mamai melagukan kokoknya sepertinya kurang belas ihsan. Justeru, Safiyyah yang masih nyenyak kepenatan terpaksa ditinggalkan dengan mimpi indahnya. Cuma kali ini lain responsnya.

Umurnya yang belum sampai 3 tahun sudah mengerti jatidiri kemanusiaan. Saya lantas berdo’a agar zuriat saya ini bisa membesar dengan misi yang kental menjadi barisan pejuang untuk agamanya.

Barangkali, bisa sahaja saya nukilkan dari kisah ini pertanyaan tentang apakah yang menyebabkan insan yang sudah akil baligh, sempurna didikan akalnya mampu melakukan perkara di luar norma kemanusiaan sedangkan anak kecil ini… Hmm.. tentang pelbagai hakikat jahiliyah alaf baru saban waktu meniti bibir. Namun, saya kira para pembaca sudah begitu arif.

Mari saya ketengahkan tentang satu sisi bicara yang lain.

Terkadang kita terlepas pandang kebolehan anak kecil menangkap pelbagai kosa kata, imej, bunyi, lagak gaya dan semacamnya dari pelbagai tontonan dan pendengaran harian mereka. SubhanAllah. Saya pun tidak sedar bila masa saya dan umminya mengajarkan seni hati merasa kesedihan ditinggalkan oleh orang tersayang.

Justeru, saya daftarkan beberapa percubaan memahami aneka ragam anak kecil dan pengajaran yang boleh kita ambil (jika kita mahu)

Buat Ibu Bapa (Atau bakal ..)

  • Pelihara tingkah laku, percakapan dan apa sekalipun kerana kita tidak betah mengetahui sejauh mana ianya mampu mempengaruhi anak-anak comel ini.
  • Kembangkan potensi mereka agar mewarisi segenap perkara positif yang ada di muka bumi.
  • Letakkan anak-anak dalam situasi dan suasana sesoleh mungkin. Pasangkan irama kalamullah. Ajarkan cerita-cerita  perjuangan. Para sahabat bercerita perihal Jihad dan Perang pada anak-anak mereka!

Yang lebih penting: Pengajaran buat para dai’e

  • Jadilah anak kecil. Mereka memposisikan diri menjadi orang yang tidak tahu tapi penuh dengan semangat inkuiri. Natijahnya, mereka rakus dengan ilmu baru. Senantiasa cuba belajar memperbaiki diri. Kita.. datang usrah/halaqah/kuliah untuk apa? Membesarkan kepala dengan ilmu-ilmu baru lantas tertidur dek beratnya timbunan dalam kepala?
  • Tirulah anak kecil ini. Mereka lantas tangkas mempraktikkan apa yang baru dipelajari. Kita bagaimana? Sudah ditegur para murobbi/naqib/guru tentang akhlak yang masih ditakuk lama tapi enggan berganjak. Karat jahiliyah yang semakin tebal tompokannya. Sudah-sudahlah. Esok belum tentu ada!
  • Belajarlah dari jatidiri si anak kecil. Dari tahu kepada mahu. Dari kognitif kepada psiko-moto. Dari pengetahuan kepada tingkahlaku. Dan si kecil menghayati dan menterjemahkan semuanya dengan hati yang tulus. Lantas, ia ’sampai’, mencuit dan menerbitkan reaksi balas orang sekitar.

Ayuh. Masa semakin suntuk untuk menjadi si anak kecil!

Nukilan,
Abu Khairah
Editor PEMBINAmelaka.com

KLS Rancak Buat Persiapan Terakhir.

December 20, 2009 by admin  
Filed under Hebahan Aktiviti

Ayer Keroh, Melaka: Menanti detik 26 Disember 2009, ahli-ahli dan sukarelawan PEMBINA Melaka sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk Kem Lepasan SPM 2009 yang juga merupakan kerjasama bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM). Program padat 2 hari ini akan berlangsung di Kompleks Belia Sukan Ayer Keroh dengan menyasarkan seramai 100 orang pelajar yang selesai menduduki peperiksaan SPM.

Peta KLS 09

Antara persiapan terakhir adalah hebahan melalui Radio Melaka oleh Cikgu Zul, penyediaan borang dan bahan seminar serta susulan peribadi kepada kenalan rapat. Diharapkan KLS2009 mampu menarik penyertaan minit-minit akhir dari mereka yang berminat. Di lampirkan brosur hebahan untuk maklumat perjalanan program dan bahan yang perlu dibawa untuk mereka yang berminat menghadiri Kem Lepasan SPM.

KLS 2009 DepanKLS 2009 Dalam[klik untuk gambaran lebih besar]

Jumpa anda di sana!

Wassalam
Editorial,
PEMBINAmelaka.com

Ayuhai Para Belia, Binalah Jatidiri Muslim Sejati

February 10, 2009 by admin  
Filed under Artikel Ilmiah, Tsaqofah Islamiyah

Ingin saya berkongsi cerita diruang yang terbatas ini. Kisah seorang beliawanis penuntut IPTA di utara tanah air yang menggadaikan harta kesayangannya untuk membantu saudara seislam yang lain. Kisah berlaku di pulau pinang setelah program untuk palestin selesai di mana beliau telah bertemu dengan urusetia. Beliau memberikan 2 bentuk cincin dan seutas rantai batu permatanyanya untuk diinfaqkan dengan katanya, berikan ini kepada Hamas. Masya Allah..

Hati saya juga terpaku dengan sebuah paparan di tv di mana seorang anak palestin pabila ditanya apakah anda takut dengan yahudi. Tahukah kalian apa jawapannya? Dengan wajah yang tenang dan tersenyum ia menjawab: Hasbunallahu  wa ni’mal wakil(cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung)

Hati begitu tersentuh  dengan kedua-dua kisah ini. Jauh di lubuk hati berkata, betapa mulianya dua belia remaja ini. Kisah seorang belia yang sangat-sangat  merasai kegetiran hidup saudaranya yang jauh dari mata. Sanggup mengorbankan apa yang sangat disayangi dan dicintai oleh naluri. Seakan-akan mengulangi kisah ansar yang sanggup mendahulukan sahabatnya dari muhajirin mekah.

Juga kisah anak palestin yang  tersangat yakin dengan Allah. Begitu tinggi pergantungannya dengan Allah Baginya Allah sudah cukup. Tiada yang lain di hatinya selain Allah.

Ya Rabb.. di celah-celah kegawatan umat belia Islam yang tenggelam  dengan mainan dunia, yang tercungap-cungap di lautan yang penuh tipu daya, masih ada yang hampir denganMU. Masih ada yang sentiasa menyahut seruanmu.

Aduhai para belia, inilah jatidiri yang kita mahukan. Punyai iman yang jitu. Dari iman inilah lahirnya rasa kasih sesama insan, rasa ingin memiliki redha Tuhan, benda baginya bukanlah kebahagiaan tetapi cinta Tuhan lebih ia dambakan. Cukuplah baginya Tuhan yang Satu, Yang Maha Besar Maha Penyayang. Baginya dunia hanyalah sementara, ladang untuk dituai hasilnya di akhirat sana.

Jatidiri inilah yang ingin kita bina. Yang Islam menjadi tunggaknya. Bukannya jatidiri ciptaan musuh durjana.yang penuh dengan tipudaya. Yang bertopengkan keindahan dan keseronokan yang sementara. Yang hanya ingin memporak peranda belia remaja kita. Dengan pelbagai budaya dan  jenama yang direka. Khusus untuk merosakkan muslim yang belia remaja.

Aduhai belia. Kenalilah Islam. Dalamilah Islam nescaya kamu akan mencintainya. Selamilah perancangan musuh Allah, selidikilah ia nescaya kamu akan benci dan menjauhinya. Sedarlah kalian bahawa perancangan mereka yang ingin kita leka dengan kecantikan dunia, membuang masa dengan perkara yang tidak tentu hala, berbangga dengan barang jenama mereka dan sibuk puja memuja artis-artis yang rosak akhlaknya,  ….telah memusnahkan belia remaja Islam kita. Kerana apa mereka mencipta itu semua? Tidak lain hanya untuk menghilangkan jatidiri belia Islam kita lalu menggantikannya dengan perbadi dan gaya hidup mereka.

Tahukah kalian siapakah yang melakukan semua ini? Merekalah bangsa yang sedang memijak-mijak, menghenyak-henyak dan membantai saudara-saudara kita nun di Palestin sana. YAHUDI LAKNATULLAH!

Untuk itu, bangkitlah. Binalah peribadi muslim sejati. Jauhi entiti ciptaan yahudi. Adakah kita masih mahu leka dibuai tipudaya musuh durjana sedang sahabat-sahabat sahabat kita nun di Palestin sana bersengkang mata menyabung nyawa mempertahan agama, keluarga dan tanah waqaf  tercinta. Yang tidak punya masa hatta untuk mengurus diri apatah lagi melayani kehendak rasa seorang belia….

Oleh,

.

Ustadzah Suriani Sudi,
Naib Presiden II,
PEMBINA Pusat.

SUMBER : http://pembina.com.my

Karnival Bolasepak 7 Sebelah Belia Melaka 2009

February 10, 2009 by admin  
Filed under Hebahan Aktiviti

poster-carnival-09

InsyaAllah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan menganjurkan satu lagi program kesukanan mereka dalam rangka amal mendekati golongan belia di samping menganjurkan cara hidup Islami yang sihat.

Tanggal Ahad, 22 Februari 2009 ini, Karnival Bolasepak 7 sebelah Belia Muslim Melaka akan memulakan sepak mula. Dijangka, 32 pasukan dari sekitar Melaka akan berentap tenaga beradu skil dan kehebatan di atas padang. Antara yang menarik tentang Karnival ini, setiap pemain diWAJIBkan menutup aurat di atas padang dan berakhlak mulia.

Karnival ini juga akan menyaksikan perasmian laman sesawang PEMBINA Melaka secara rasminya oleh Presiden PEMBINA Melaka, Saudara Lukman al-Hakim. Bagi pihak urusetia program, kami mengalu-alukan sebarang penyertaan dari para pembaca. Borang penyertaan dan sebarang peraturan pertandingan boleh dimuat turun di pautan di bawah. Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada Saudara Razak di talian 019-6225284.

Pautan Borang Pertandingan

Dilaporkan oleh,
Unit Promosi,
Karnival Bolasepak Belia Melaka 2009

Malam Save Gaza: Medan Sukarelawan PEMBINA Bergerak

February 10, 2009 by admin  
Filed under Berita Dalam Negara, Berita Semasa

BANDAR BARU BANGI: 7 Feb – Malam kemuncak kempen Save Gaza yang diadakan oleh Persatuan Penduduk Bangi dengan kerjasama PEMBINA dan beberapa NGO yang lain antaranya ISMA, JIM, JASA, ISIUKM, KARISMA serta beberapa penaja utama seperti Az-Zahrah dan Farmasi Nasra telah berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

sukarelawan-pembina-1

PEMBINA telah menyiapkan lebih kurang 120 orang sukarelawan bagi menjayakan malam kemuncak ini dan telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai kerja serta acara bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Acara dimulakan dengan persembahan pentomin oleh pelajar ISIUKM berkaitan isu kezaliman Yahudi Zionis dan diikuti oleh ucapan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk, Dr. Tajul. Beberapa orang pemidato dijemput bagi menerangkan isu palestin ini antaranya Ust. Anuar Salleh(ISMA), Mejar Nazri Musman(AMAN PALESTIN) , YB Salehuddin Ayub( PAS) dan Dr. Asyraf( UMNO).

14 orang sukarelawan PEMBINA mengiringi setiap persembahan dan pidato dengan kibaran bendera Malaysia dan Palestin, melambangkan semangat perjuangan saudara seislam kita sentiasa disokong dengan jitu. PEMBINA dan beberapa NGO lain juga bersama -sama melaungkan slogan anti -Yahudi serta menaikkan semangat penduduk Bandar Baru Bagi.

PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua yang terlibat dan serta segunung tahniah kepada pihak urusetia atas kejayaan program Save Gaza ini. Juga kepada semua sukarelawan, PEMBINA mengucapkan jutaan terima kasih. Daripada sekecil-kecil tugasan, walaupun datang hanya untuk membersihkan kembali padang kepada menjadi setinggi-tinggi jawatankuasa pelaksana, terima kasih.

Moga sukarelawan ini boleh digerakkan lagi untuk program-program yang akan datang.

Mujahadah: Akhlak atau hanya retorik berkala ?

February 4, 2009 by admin  
Filed under Dari Meja Editor

Sketsa 1: Si budak comel

Safiyyah nak pi school dak? Jom kita pakai shoes” ajak saya buat anak comel yang seorang itu di pagi Isnin yang indah.

Bingkas terus si Safiyyah bangkit dari duduk dengan tangan mengenggam erat segumpal kismis yang dibekalkan. Terhoyong ke kanan dan ke kiri mengatur langkah kecil. Seketika masuk ke ruang tamu terus diacahnya kerusi ala jepun. Minta didudukkan. Senang pakai shoes agaknya. Sudahnya, kakinya digoyang sambil mengacu untuk disuakan sepasang kasut merah.

safiyyah-tadika

Semangat si budak comel untuk menyambung sessi pra-tabikanya…

 

 

Sketsa 2: Zaman Awal Kanak-Kanak

Mak, mana pensil box angah ye, angah dah isi barang-barang baru tadi malam tu“, jerit saya pagi itu.

Hari pertama sekolah. Melangkah masuk ke darjah 6 Kuning dengan semangat yang senantiasa mekar membara. Semangat yang tidak pernah pudar sejak kali pertama melangkah ke sekolah usang itu 5 tahun yang lalu. Barangkali semangat seorang yang tidak pernah Read more

Atlet Wanita Bangga Bertudung

February 3, 2009 by admin  
Filed under Artikel Ilmiah, Sukan dan Rekreasi

bertudungRAMAI di kalangan atlet wanita Islam pada Sukan Olimpik Beijing memecahkan stereotaip Barat, dengan membuktikan pemakaian tudung tidak sekali-kali menghalang pembabitan mereka dalam aktiviti sukan dan kehidupan.

“Tudung tidak sekali-kali memberikan masalah kepada saya,” kata pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara yang mencatat sejarah bagi atlet wanita Islam selepas memenangi pingat emas Sukan Asia Barat 2006 kepada Reuters, Isnin lalu.

Temasya berkenaan yang bermula 8 Ogos lalu, akan memperlihatkan ramai wanita Islam berazam untuk mematuhi etika berpakaian berlandaskan agama ketika memburu emas di kejohanan berprestij itu.

Enam atlet wanita yang bertudung adalah dari Mesir, tiga atlet Iran, masing-masing seorang dari Afghanistan dan Yaman, mengambil bahagian dalam acara larian, dayung, taekwondo dan memanah.Ruqaya dan pendayung Iran, Homa Hosseini mendapat penghormatan kerana terpilih sebagai pembawa bendera bagi negara masing-masing pada majlis pembukaan sukan itu.

lariDalam Islam, tudung adalah etika pakaian yang wajib bagi wanita dan bukannya simbol keagamaan, sebagaimana dikritik hebat di Barat, kebelakangan ini.Januari lalu, seorang pelari Islam dari sekolah tinggi Amerika ditarik keluar daripada pertandingan peringkat tempatan kerana memakai tudung.

Pada Mac tahun lalu, penggubal dasar Lembaga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), menyatakan tudung dilarang dalam sukan bola sepak.Peraturan itu dibuat selepas seorang pemain Islam Kanada digantung daripada sukan bola sepak kerana memakai tudung. Seorang kanak-kanak Kanada berusia 11 tahun juga dinafikan daripada menyertai acara Judo kebangsaan November tahun lalu kerana memakai tudung. Pemain pedang Mesir, Shaimaa El-Gammal, bagi kali ketiga di temasya Olimpik, memakai tudung bagi kali pertama dalam perlawanan. “Apabila saya berlawan pedang, saya bangga kerana saya seorang Islam,” kata wanita berusia 28 tahun itu. Ia sangat simbolik bagi wanita di negara saya,” katanya.Bagi Shaimaa, pemakaian tudung memberikan kekuatan dalaman kepadanya. “Orang melihat kami memakai tudung dan berfikir kami menunggang unta. Tetapi wanita Islam boleh melakukan apa saja yang mereka kehendaki,” katanya.

Kaum wanita di tanah air Ruqaya, iaitu di Bahrain sangat bangga dengan pelari negara terbabit yang menjadi perintis dalam temasya Olimpik itu.Sesetengah mereka bersepakat untuk mereka dan menjahit tudung khas berbentuk aero dinamik bagi membantu atlet mereka beraksi cemerlang dalam sukan terbabit. “Di Bahrain anda membesar dengannya,” kata Ruqaya, yang selalu memakai tudung berwarna putih dan merah, menyerupai warna bendera negaranya.”Kami mempunyai wanita yang menjadi duta, doktor dan juruterbang. Pada saya, ia adalah kebebasan,” katanya.

Sumber Rujukan: http://sinarnurani.blogspot.com/2008/10/isu-sukan-islam.html

Seminar Keluarga Muslim

February 3, 2009 by admin  
Filed under Hebahan Aktiviti

Melaka: Menyedari kekusutan pergaulan sosial dan permasalahan para belia dalam menentukan hala tuju hidup mereka, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka menerbitkan satu inisiatif untuk menganjurkan Seminar Keluarga Muslim. Seminar yang akan diadakan pada 15 Februari 2009 ini terbuka kepada para belia Muslim yang tercari-cari sampel sistem pembinaan keluarga Islam seperti yang digariskan oleh syara’.

PEMBINA mengajaka adik-adik yang terlibat dalam masalah percintaan serta keliru dengan alam rumahtangga untuk seketika meluangkan masa mendengar perkongsian ini. Menjadi harapan agar seminar seperti ini mampu menyingkap ufuk baru dalam cara berfikir belia dan menyediakan mereka ke arah melahirkan generasi yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Sebarang masalah tentang seminar ini, diminta menghubungi Saudara Lukman di talian 019-2639964.

Jumpa di sana!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.

Lima Sukarelawan Aman Palestin ke Gaza

January 22, 2009 by admin  
Filed under Berita Luar Negara, Berita Semasa

BANGI 21 Jan. – Lima sukarelawan Aman Palestin akan berlepas ke Mesir malam ini dan akan cuba memasuki Gaza melalui sempadan Rafah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman tentera Israel itu.

aman-palestin

Pasukan yang diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Abdullah Zaik Abd. Rahman dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin itu akan menyampaikan sendiri bantuan berupa ubat-ubatan, makanan, ambulans dan janakuasa serta peralatan pembedahan.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Abdullah Zaik berkata, bantuan pertama ini bernilai lebih RM800,000 yang merupakan sumbangan rakyat negara ini.

“Di Mesir, kita membeli sebuah ambulans yang lengkap dengan peralatan unit rawatan rapi dan pembedahan, tiga janakuasa bagi kegunaan hospital dan pakej makanan berkhasiat,” katanya.

Selain beliau, pasukan itu turut dianggotai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin iaitu Ir. Zaini Awang, Hasimah Salleh, Shamsul Maarif Ismail dan Abd. Rahman Mat Dali yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.

mesir_gaza_sumbangan06_web

Abdullah Zaik berkata, di samping misi menyampaikan bantuan kemanusiaan, pihaknya juga akan meninjau kesan kemusnahan ekoran serangan Israel baru-baru ini bagi merangka pelan bantuan selanjutnya.

“Tinjauan itu penting bagi menganggarkan bantuan susulan dan mengikut perancangan, kita akan tambah bantuan lebih banyak seperti kelengkapan hospital dan pakej bantuan pelarian,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, Aman Palestin berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.

“Kita tidak melihat isu ini tamat begitu sahaja kerana rejim Zionis memang tidak pernah mematuhi gencatan senjata yang dicanangkan sendiri,” katanya.

Bantuan kepada Aman boleh disalurkan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad dan juga terus dimasukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).

 

Sumber Rujukan: Utusan Malaysia 22/01/2009

Kem Lepasan SPM meriah

January 20, 2009 by admin  
Filed under Sana-Sini

Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka: Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas Rahmat dan RahimNya. Diatas limpah kurniaNya jugalah terjayanya Kem Lepasan SPM yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Remaja Muslim (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama PEMBINA cawangan Melaka dengan temanya “meraih ukhuwah, melkar sejarah”. Lokasi pilihan bagi kem ini ialah di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dan diadakan pada 16-18 Januari yang lalu. Seramai 35 peserta terlibat dalam menjayakan kem ini yang rata- ratanya berumur 17 dan 18 tahun.

Program bermula dengan sessi pendaftaran di dewan kompleks dari pukul 4.00 sehingga 6.00 petang. Sejurus selepas solat isyak, majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha KRIM Melaka, Saudara Abdul  Razak Kassim yang diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengarah PEMBINA cawangan Melaka Saudara Muhamad Lukman Al Hakim. Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Hamdan dengan caranya yang tersendiri, diselitkan dengan lawak jenaka bagi menaikkan seri serta mood para peserta kem pada malam itu. Sebelum melabuhkan tirai untuk hari pertama, peserta berkesempatan untuk saling mengenali sesama sendiri yang datang dari pelbagai latar belakang sekolah dan negeri serta fasilitator.

Hari kedua disajikan dengan acara kemuncak iaitu penerangan tentang Kursus oleh wakil-wakil yang berpengalaman dalam bidang-bidang utama di universiti. Program diteruskan pula dengan sessi Q and A Booth di mana wakil-wakil dari setiap bidang tadi mengambil tempat di kaunter-kaunter di dewan bagi menjawab sebarang pertanyaan tentang kursus yang diajukan oleh para peserta. Sebaik sahaja selesai santapan tengahari dan solat zuhur berjemaah, para peserta bersiap sedia dengan pakaian sukan masing-masing bagi memulakan sessi Team Building. Satu demi satu jenis aktiviti yang menguji minda diberikan pada para perserta untuk diselesaikan oleh kumpulan masing-masing diketuai oleh para fasilitator yang handal dan cekap dalam memandu kumpulan masing-masing. Kekentalan dan semangat para peserta yang tidak pernah luntur oleh kedua-dua peserta lelaki dan perempuan jelas kelihatan di sepanjang perjalanan aktiviti biarpun setelah separuh hari dihidangkan dengan fakta-fakta tentang kursus.

Selesai solat maghrib berjemaah, para peserta dihidangkan pula dengan santapan rohani oleh Ustadz Zaidi yang bertajuk “Antara Ijazah dan Risalah”. Sessi tazkirah ini juga diselitkan dengan fakta terbaru tentang bumi Palestin yang pada hari itu merupakan hari ke-22 serangan. Sessi tazkirah pembuka minda ini diikuti pula dengan sessi Forum Perdana yang dipengerusikan oleh pengarah Kem Lepasan SPM sendiri saudara Mursyidi Mohammad dan dibarisi oleh 3 panel yang hebat daripada latar belakang yang berbeza. Forum ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan tips-tips menarik sebagai bekalan kepada para peserta untuk mengharungi alam pengajian tinggi dan kerjaya..

Hari terakhir kem bermula dengan solat subuh berjemaah dan diikuti pula dengan motivasi pagi bertajuk Wahai Pemuda yang diberikan oleh Saudara Lukman Al Hakim. Para peserta kemudiannya dihidangkan dengan siri ceramah bertajuk Education Flow yang diberikan oleh Saudara Nazeri, pensyarah di Universiti Multimedia Melaka yang amat berpengalaman di dalam hal ehwal pendidikan tinggi. Dalam sessi ini, pelajar dihidangkan dengan ceramah ringkas mengenai pathway ataupun cara-cara untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Penceramah juga memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sessi ini diikuti pula dengan bengkel mengikut kumpulan dimana para peserta diketuai fasilitator diberi peluang merangka sendiri pelan masing-masing ke institusi pengajian tinggi dengan mengambil kira pencapaian keputusan percubaan SPM dan minat.

Selesai slot tadi maka bermulalah sessi penutup bagi keseluruhan kem ini. Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh pengarah program Saudara Mursyidi Mohammad dan diikuti pula dengan ucapan oleh Yang Dipertua ISMA cawangan Melaka Saudara Ahmad Zainal Abidin dengan ucapan yang ringkas namun padat dengan pengajaran yang bermakna sebagai Take Home Messages oleh para peserta. Tidaklah lengkap program ini kalau tidak diikuti dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil bagi para peserta bagi meraikan zaatiah dan semangat mereka di sepanjang kem. Diumumkan juga peserta terbaik lelaki dan perempuan di sepanjang kem. Adik Mohamad Fathil Aqil B Abdullah menjadi pilihan para fasilitator untuk dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik. Peserta terbaik perempuan pula disandang oleh adik Syakirah Sunhaji. Tahniah diucapkan !!.

Sekitar jam 1.00 tengahari, para peserta bersalaman antara satu sama lain menangguhkan ukhuwwah yang baru terjalin. Masa selama 3 hari 2 malam di sini sememangnya memberikan pelbagai pengalaman baru yang bermakna buat semua peserta. Semoga semua peserta dapat menggarap faedah dan pengajaran sepenuhnya sepanjang mereka berada dalam program ini. Moga dapat bertemu lagi dalam perogram KRIM atau PEMBINA yang akan datang. Sama-sama kita doakan kejayaan adik-adik yang hadir dalam keputusan SPM yang akan datang pada bulan Mac ini…Ameen!!

Disediakan oleh,

.

Saudara Mursyidi Mohammad
Pengarah Kem Lepasan SPM 09

Next Page »