Program “Langkah Bermula” Pelajar MMU Tajaan MARA.
Posted on February 26, 2012 by aizam
AYER KEROH, 13 Februari – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka telah menganjurkan Program ‘Langkah Bermula’ yang disertai oleh 45 orang pelajar tajaan MARA dengan kerjasama Yayasan Universiti Multimedia (YUM).
Program 3 hari 2 malam merupakan satu program yang bertemakan [Ctrl +Shift + Enter] yang bertujuan membina jati diri pelajar-pelajar yang bakal menuntut di Multimedia University (MMU) supaya mereka mempunyai matlamat dan jati diri yang teguh sebelum menempuhi alam university.
Program bermula pada 13 Februari dan berakhir pada 16 Februari ini memuatkan pelbagai program termasuk aktiviti ‘outdoor’, ‘teambuilding’, ceramah motivasi serta perkongsian pengalaman dari pelajar dan juga bekas pelajar MMU.
Program perkhemahan yang berbentuk santai ini mendapat respon yang baik daripada peserta. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai program ini. Diharapkan supaya peserta dapat mempelajari ilmu bermanfaat daripada program ini dan menggunakannya dalam menghadapi kehidupan kampus di MMU nanti.



