TOT bantu penggerak PEMBINA rangka strategi
Posted on September 17, 2011 by aizam
Batu Berendam, 11 Sept – Lebih 40 pelajar Institut Pengajian Tinggi di seluruh Melaka yang merupakan Penggerak PEMBINA IPT masing -masing menyertai ‘Training of Trainers’ (TOT) anjuran PEMBINA cawangan Melaka di pejabat pada 11 september lalu.
Peluang tersebut digunakan peserta terbabit untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini dari pimpinan PEMBINA selain merangka stategi PEMBINA di setiap IPT melalui bengkel – bengkel yang diadakan.
Selain itu peserta juga didedahkan dengan strategi dakwah kampus dan kemahiran berorganisasi yang di kendalikan oleh beberapa wakil PEMBINA dan penceramah jemputan.
Wakil pihak penganjur, yang berucap menutup majlis tersebut mengingatkan semua penggerak PEMBINA akan pentingnya perancangan yang baik dan menyeru perlaksanaan program yang lebih tersusun dan berobjektif di semua peringkat.
Hadir sama pada TOT tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PEMBINA cawangan Melaka.


