Jaulah JKP ke Melaka
Posted on June 6, 2011 by aizam
ANGKASANURI, 29 Mei- PEMBINA Melaka menerima kunjungan Jawatankuasa Pusat (JKP) PEMBINA hari ini dalam rangka merencana perjalanan program serta mengkaji sasaran pencapaian terkini. JKP yang diwakili oleh Ustaz Salman Bin Abdul Rahman (Setiausaha Agong) dan En. Ibrahim Bin Mohd Hasan (Timbalan Presiden) meluangkan masa kira-kira 2 jam bersama barisan kepimpinan PEMBINA Melaka dalam sesi perbincangan dan maklum balas yang berlangsung penuh muhibah dan efektif.
Menurut Pengerusi PEMBINA Melaka, En. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad, sesi pertemuan seperti ini harus lebih kerap dilaksanakan bagi kepimpinan pusat lebih mendekali dan menjiwai realiti amal di peringkat cawangan dan seterusnya merangka strategi serta pelan tindakan yang lebih menyeluruh di peringkat nasional.
“Sesi seperti ini juga mampu menjadi pentas terbaik bagi perbincangan maklumbalas serta perancangan masa depan bagi PEMBINA dalam menerajui gerakan mahasiswa di kampus mahupun belia umum dari pelbagai latar belakang dan taraf pendidikan”, ujarnya lagi.
Majlis berakhir kira-kira jam 1 tengahari dengan sesi fotografi dan makan tengahari.


