Youth Exploration Session (YES) PEMBINA UTeM
Posted on March 31, 2011 by ummu wafa
AYER KEROH, 26 Mac – Program Youth Exploration Session (YES) anjuran PEMBINA UTeM telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan penyertaan menggalakkan lebih 20 orang mahasiswa UTeM.
Program yang bertempat di Tasik Ayer Keroh ini bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari, padat dengan pelbagai agenda termasuk aktiviti sukan air, berkayak, sesi perkenalan, tazkirah serta jamuan ringan di akhir program.
Rata-rata para peserta yang hadir merasa sangat terhibur dan bertuah kerana selain dapat menjalinkan ukhuwah dan menyihatkan badan dengan aktiviti lasak, mereka juga berjaya melapangkan fikiran yang sarat setelah bertarung dengan pelbagai ujian dan tugasan pelajaran di kampus.



