Sharing is caring..
Posted on August 5, 2010 by ummu wafa
Melaka, 10 Julai- Selamat datang buat pelajar-pelajar baru ke Melaka bumi bersejarah. Ahlan wasahlan! Bersempena tarikh ini, Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan Program Sharing is Caring khas buat pelajar-pelajar baru dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Mengaplikasikan tatacara pertama dalam dakwah, program ini diadakan untuk membina hubungan ukhwah sesama muslim dan memberi pendedahan tentang realiti di universiti kepada mereka yang baru menjejakkan kaki ke menara gading. Seramai 7 orang peserta perempuan telah menyertai program ini termasuk 3 orang pelajar senior UTeM. Tidak dilupakan 2 orang wakil daripada PEMBINA iaitu ukhti Hidayah dan ukhti Asmizana yang merupakan moderator program. Program ini telah diadakan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh berdekatan dengan kolej kediaman peserta.
Bermula pada jam 9.00 pagi, program dimulakan dengan sesi ‘Full Your Tummy First’ dimana mereka dibekalkan Nasi Lemak, Roti Sardin dan air kotak sebagai sarapan pagi. Kemudian, program diteruskan lagi dengan sesi perkenalan ataupun ‘Break The Ice’ antara mereka yang pertama kali bersua muka. Kebanyakan peserta yang hadir tinggal di bahagian utara Malaysia seperti Kedah, Terengganu dan Perak. Bagi mereka yang tidak pernah datang ke Melaka, mereka turut didedahkan dan diajar bagaimana untuk mendapatkan kenderaan awam disekitar kolej kediaman masing-masing.
Kemuncak program adalah sesi ‘Membina Diri di Jalan Universiti’ dimana Ukhti Hidayah telah mengupas isu-isu panas di universiti seperti gejala ponteng kelas dan couple yang kian berleluasa. Pelbagai nasihat dan tips sebagai mahasiswi muslimah diberikan sebagai panduan dalam menempuh alam universiti yang sememangnya mencabar. Tepat jam 11.30 pagi, program berakhir dengan membawa para peserta berjalan-jalan di sekitar taman dan sesi fotografi turut diadakan.
Kemudian, para peserta dibawa ke Melaka Central untuk mengetahui mengenai bas yang perlu dinaiki ke tempat kediaman ataupun ke sekitar Bandar Melaka. Selepas program tamat, para peserta pulang dengan azam dan semangat baru dalam melayari kehidupan di universiti. Semoga program ini dapat memberi banyak manfaat kepada para peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini dan semoga usaha kalian diterima serta sentiasa berada di jalan-Nya.


