Palestine Multimedia Show

Posted on July 26, 2010 by ummu wafa

BUKIT BERUANG, 22 Julai – PEMBINA Melaka dan Aman Palestin Berhad sekali lagi bekerjasama bagi menganjurkan “Palestine Multimedia Show” bertempat di Surau Emerald Park bermula selepas solat Isyak berjemaah dan berakhir kira-kira jam 10:30 malam.

37 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghadiri slot yang dijayakan oleh wakil Aman Palestin Berhad, Saudara Amru Iskandar Bin Burhan. Objektif program ini antara lain adalah untuk membentuk kefahaman dan kesedaran berkenaan isu Palestin kepada para belia sambil menekankan peranan yang mampu dimainkan oleh golongan ini bagi menyumbang kepada perjuangan rakyat Palestin.

Ceramah penuh informasi dan sangat interaktif ini berjaya membuka mata dan mengetuk paradigma para mahasiswa yang memenuhi surau sehingga ke akhir program.

Diharapkan lebih banyak program-program seumpama ini akan diadakan secara berkala dan berterusan bagi terus mendidik masyarakat khususnya golongan belia akan tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka dalam menangani isu dunia Islam sejagat ini.

Leave a Reply