Amanat PM Jadi Azimat

Posted on June 2, 2010 by ummu wafa

PUTRAJAYA, 15 Mei – Amanat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak berkenaan method untuk mendekati dan menggarap golongan belia merupakan sesuatu yang amat bermakna buat PEMBINA Melaka dalam merealisasikan harapan melihat bangunnya generasi muda yang berjati diri, berdaya saing serta menyumbang kepada kekuatan agama dan bangsa.

Menurut Perdana Menteri,  kaedah EPE yang merupakan singkatan kepada ‘Engagement’, ‘Participation’ dan ‘Empowerment’ merupakan formula berkesan bagi membina generasi belia yang berjaya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Belia sempena Sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang berlangsung penuh gilang gemilang.

Dalam ucapan beliau yang sarat dengan nasihat dan fakta, beliau menyentuh pelbagai isu berkaitan generasi belia serta cara mendekati dan memenangi hati golongan emas ini.

Delegasi dari PEMBINA Melaka yang terdiri daripada 4 orang ahli menyertai kontingen PEMBINA yang mengumpulkan lebih seratus  ahli dari seluruh pelusuk negara bagi menyertai sambutan Hari Belia 2010 kali ini.

“Belia Kreatif Penjana Pembangunan Negara”

Leave a Reply