Perutusan Khas Sempena Hari Belia Kebangsaan

Posted on May 19, 2010 by ummu wafa

Saya mewakili seluruh warga Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia tidak kira walau di mana anda berada.

Semoga kita dapat benar-benar menghayati tema sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini, “Belia Kreatif Pemangkin Pembangunan Negara”

Adalah kurang bijak jika kita melakukan sesuatu yang sama berulangkali dan mengharapkan natijah yang berbeza. Lantas, saya menyeru para belia untuk berfikir di luar kotak kebiasaan, menjana idea-idea baru yang segar serta bersifat kreatif dalam mendepani apa sahaja agenda dan urusan kehidupan seharian.

Sesungguhnya perbezaan tidak menjadikan kita asing. Binalah keberaniaan dan jatidiri untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Menyumbanglah kepada agama dan negara dengan keunikan yang tersendiri. Jangan biarkan golongan belia tertinggal di belakang dan terus menjadi penumpang dan beban dalam agenda pembangunan ummah.

Majulah belia demi agama dan negara.

Leave a Reply