Ziarah Kematian Ibu Kepada saudara Ahmad Zaki Bin Hamdan
Posted on May 14, 2010 by ummu wafa
Pada 7 Mei 2010, ahli Pembina Melaka telah dikejutkan dengan pemergian ibu kepada salah seorang ahli Pembina Melaka yang juga merupakan mahasiswa Politeknik Merlimau Melaka iaitu saudara Ahmad Zaki bin Hamdan.
Ibunya yang sebelum itu menghidap penyakit barah telah meninggal dunia di rumahnya di Johor Bahru. Pihak Pembina Melaka, khususnya ahli Pembina Politeknik Merlimau termasuk ahli Pembina Johor telah mengadakan ziarah ke Johor Bahru. Peserta rombongan ziarah bertolak dari Merlimau sebelum solat Jumaat dan singgah sebentar di Muar untuk solat Jumaat. Selepas itu rombongan terus bertolak menghala ke Johor Bahru. Setibanya di Johor Bahru, pihak rombongan terus menuju ke kampung saudara Zaki untuk menziarahi keluarganya dan menyampaikan salam takziah. Sepanjang perjalanan peserta rombongan sempat berbicara tentang kematian sebagai peringatan dan persediaan untuk semua. Dalam perjalanan pulang, rombongan sempat singgah ke rumah salah seorang peserta rombongan yang juga terletak di Johor Bahru. Di samping menziarahi, ahli Pembina juga mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli rombongan dengan keluarga yang diziarahi. Ahli Pembina Melaka mengucapkan takziah atas pemergian ibu kepada saudara Ahmad Zaki. . Semoga ibunya dicucurkan rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang mendapat redha Illahi. Ingatlah setiap daripada kita akan kembali kepada Ilahi. Innalillahi wa innahilaihiroji’un..


