PEMBINA-ISMA Tandatangani MoU

Posted on February 21, 2010 by ummu wafa

mou1

13 Feb, Putrajaya – Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kali ke-3 mencatatkan sejarah dengan berlangsungnya satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PEMBINA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). MoU tersebut telah ditandatangani oleh mantan Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran dan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman di hadapan kira-kira 120 orang perwakilan dari setiap kawasan dan negeri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Jawatankuasa Pusat ISMA. Dengan termeterainya memorandum ini, diharapkan ISMA dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman dalam meningkatkan latihan bagi melahirkan ahli-ahli PEMBINA yang dinamik dan seimbang sekaligus mengisi keperluan pembangunan negara pada masa akan datang. Mesyuarat Agong Tahunan PEMBINA kali ini menyaksikan perlantikan saudara Zaizul Azizi Zaman sebagai presiden PEMBINA yang baru menggantikan Dr. Kamil Azmi bin Tohiran.

mou2

Nabihah Mat Shah

Perwakilan PEMBINA Melaka

Leave a Reply