Titipan Iftitah…dari Kolej Universiti Islam Melaka..
Posted on January 21, 2010 by ummu wafa
Assalamualaikum w.b.t. pada semua sahabat-sahabat. Seinfiniti puji dan syukur dirafa’akan ke hadrat Allah kerana hingga saat ini kita masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini, untuk terus berjuang dan memperbaiki kesilapan kita. Syukran juga kerana memberi insan kerdil ini peluang untuk menulis artikel dalam laman web ini. Walaupun tak seberapa, tetapi harapan ana agar artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat bagi kita bersama. InsyaAllah..
Kini,bermulalah semester baru iaitu semester terakhir ana. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Sedar mahupun tidak, kini tinggal 5 bulan sahaja lagi utk meneruskan pengajian di sini. Begitulah kehidupan; ada pertemuan, maka akan ada juga perpisahan. Yang membezakannya hanyalah masa. Bak kata pepatah., masa itu emas. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian….melainkan yang beriman dan yang beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Surah al-Asr:1-3) Begitulah peringatan yang Allah berikan kepada kita agar kita lebih berhati-hati dalam menjaga masa. Semoga kita tidak berada dalam golongan orang-orang yang rugi. Nauzubillah.
Apabila semester baru bermula, maka ramai junior yang mendaftar bagi meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu Allah, kerana ilmu Allah itu amatlah luas. Jika tujuh kali lautan di bumi ini dijadikan tinta bagi menulis semua ilmu Allah, maka lautan itu akan kering. Begitulah perumpamaan yang menunjukkan betapa hebatnya kuasaan al-Khalid. Adakah kuasa lain yang mampu menandingi-Nya? Subhanallah!
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ana ucapkan kepada adik-adik. Semoga antum meletakkan niat yang betul apabila bertandang ke kolej ini. “Setiap perbuatan itu disertai dengan niat”, begitulah Rasullullah mengajar kita melalui hadisnya. Ingatlah bahawa ini adalah tempat kita menuntut ilmu. Maka, kautlah ilmu itu sebanyak mungkin sebagai bekalan antum menghadapi dunia luar yg kadang-kala tak terjangkau dek pemikiran antum. Kita tidak tahu dugaan atau cabaran apa yang akan kita tempuhi pada masa akan datang. Maka, manfaatkanlah ilmu itu sebaik mungkin. Harapan ana, semoga kejayaan menjadi milik kita bersama, di bawah redha-Nya. InsyaAllah. Sabda Rasullullah s.a.w. : “Barangsiapa yang menempuh perjalanan kerana mencari ilmu, maka kelak Tuhan akan permudahkan baginya jalan ke syurga”
Tidak ketinggalan kepada para atlet kita kerana telah bertungkus-lumus mengharumkan nama kolej. Syukran jazilan atas komitmen dan kesungguhan yg antum tunjukkan. Sukan IPTIM ini juga disertai oleh atlet-atlet dari pelbagai IPTS dari seluruh negara. Antaranya, KUIS, KUIN dan KIAS. Syukran juga kpd antum kerana sudi bertandang ke kolej kami. Semoga dengan sukan seperti ini menjadi medium bagi mengeratkan lagi ukhwah Islamiah kita walaupun berbeza IPTS. Mudah-mudahan sukan IPTIM ini juga dapat menyihatkan tubuh badan supaya kita lebih bersemangat meneruskan perjuangan kita yang masih belum selesai. “Seorang mukmin yg kuat itu lebih baik dari seorng mukmin yang lemah…” Tetapi jangan terlalu leka sehingga melupakan kampung akhirat. “Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui (Surah al-Ankabut:64)
Semenjak kolej ana dinaik taraf kepada kolej universiti, peperiksaan akhir tidak lagi dikira sebagai 40%, bahkan dinaikkan kpd 100%. Soalan juga telah bertambah, maka ramailah sahabat-sahabat ana termasuk ana kecundang pada peperiksaan akhir semester yang lalu. Tetapi, jangan putus asa ya kawan-kawan… “ Dan jgnlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Surah Ali Imran: 139) Perjuangan kita masih belum selesai, masih berbaki satu semester lagi untuk kita berjuang habis-habisan. Semoga semester akhir kali ini dapat menampung kekecewaan kita pada semester yanglalu. InsyaAllah. Jangan mudah berputus asa. Sesungguhnya, kita tidak gagal jika kita kecundang, namun kita hanya akan gagal jika tidak bangkit kembali.
Ayuh bangkitlah para mujahid dan mujahidah! Semoga kejayaan akan menjadi milik kita kembali…biiznillah. Ingatlah, keredhaan Allah itu amat penting. Teruskan berusaha dan berdoa, diikuti dengan tawakal kepada Allah. “Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” (surah Ali Imran: 159). InsyaAllah antum akan merasai kemanisan perjuangan walaupun pernah kecundang sebelum ini. Letakkan niat lillahi taala. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. Yakinlah, jika Dia tidak memakbulkan hajat kita, maka Dia telah merancang sesuatu yg lebih baik untuk kita pada masa akan datang. Justeru, sentiasa husnul dzan dgn Allah. Semoga kita sentiasa redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita. InsyaAllah… “Kau impikan kejayaan, namun kau tak pernah melalui jalannya. Sesungguhnya kapal itu takkkn sekali belayar diatas padang pasir..” –Pujangga Arab
Maka, dengan kedatangan junior-junior baru, bermakna makin bertambah juga mad’u yang mengikuti usrah ana. Alhamdullilah….walaupun tidak ramai, tetapi kesungguhan mereka yang kita mahukan. Dengan ini, perjuangan ana diteruskan lagi bagi mentarbiah mad’u-mad’u yang baru disamping mentarbiah diri ana sendiri. “Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (Surah Al-Baqarah:30) Biarlah apa yang kita lakukan ini kerana menginginkan rahmat Allah semata, kerana jika Dia merahmati kita, hidup kita lebih tenang di dunia mahupun di akhirat kelak. Sabda Rasullullah s.a.w., “Bukan amal seseorg yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dr neraka, termasuk aku juga, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah belaka”
Maka, berpesan-pesanlah dengan kebenaran, walaupun hanya sedikit ilmu yang kita ada. Jika kita mengajarkannya kepada orang lain maka Allah akan melipat gandakan ilmu yang kita ada.”Perumpamaan seseorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan kepentingan-kepentingan dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar diriny” (HR At-Tabrani) Semoga segala ilmu yg ana kongsikan dengan adik-adik usrah ana, sedikit sebanyak memberi panduan kepada mereka dan diri ana sendiri untuk meneruskan perjuangan.
Akhir kalam, ana ingin memohon maaf jika ada tersilap kata, baik yang disengajakan mahupun tidak. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan ana sendiri. Salam mujahadah! Ana akhiri dengan Assalamualaikum.
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmat-Mu yg Engkau kurniaakn kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada-Mu. Amin ya Rabb…”
Hasil Nukilan
Atikah Abu Bakar
Kolej Universiti Islam Melaka
Comments (1)


salam ukhwah smu…