PEMBINA Melaka meriahkan Walimah Fauzi dan Nurulhuda di Telok Mas, Melaka
December 9, 2009 by ummu wafa
Filed under Berita Ahli, Berita Semasa

Alhamdulillah, Rombongan PEMBINA Melaka berjaya mencuri sedikit masa untuk hadir ke Walimah Akh (saudara) Fauzi dan Ukhti (saudari) Nurulhuda di Telok Mas, Melaka. Akh Fauzi merupakan Pengerusi PEMBINA Cawangan Johor Bahru manakala Ustazah Nurul Huda Baharin merupakan siswazah lepasan al Azhar dan kini merupakan sukarelawan Aman Palestin di Johor Bahru. Didoakan agar Bait Muslim yang diikat dengan ikatan akidah dan matlamat ubudiah kepada Allah ini akan terus kekal akhirnya hingga ke syurga.
Kebiasaannya, apabila seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu seperti mana yang telah ditakdirkan. Semoga setiap dari kita yang telah membina bait muslim akan berusaha membentuknya dan menghidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan.

Akhirnya, kami di sidang redaksi PEMBINAMelaka.com ingin mengucapkan :
Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”
Maksudnya:
“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”
Harapannya lahirlah daripada pernikahan ini rijal-rijal ummah seperti Huzaifah , Usamah bin Zaid , Ali bin Abi Tolib, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain.
Wallahua’lam
Sidang Redaksi
PEMBINAMelaka.com
