Pemergian Datuk Ukhti Nabihah – Al-Baqo’u lillah… (Yang Kekal Hanyalah Allah)

Posted on December 6, 2009 by ummu wafa

DSC00559

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un… (kita dari Allah dan kepadaNya kita akan kembali) itulah antara ucapan yang meniti dibibir ketika mana mendapat berita pemergian datuk pada Saudari Nabihah Mat Shah, Setiausaha PEMBINA (Beliawanis) Cawangan Melaka pada petang Jumaat lalu 4 Disember 2009.

Ya, kematian adalah satu perkara yang menggemparkan, mengejutkan dan membimbangkan. Kematian adalah pasti. Soalnya sekarang… bilakah waktunya kita akan dipanggil Ilahii?

‘faiza ja’a ajaluhum, la yasta’jilunan wa la yasta’khiruna sa’ah…’

Semoga ruh al-marhum datuk kepada Saudari Nabihah Mat Shah ditempatkan bersama para syuhada’, solihin, muttaqin, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.  Sidang Redaksi PEMBINAmelaka.com mengucapkan takziah kepada Saudari Nabihah dan keluarga atas ketentuan ini. Moga beliau tabah dan sabar mengharungi ujian yang ditentukan.

Akhirnya, ucapan terakhir sidang redaksi adalah apa yang diajar oleh Allah SWT melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata).

“Apabila mati anak Adam, terputuslah segalanya kecuali dari 3 perkara, (i) Sedeqah Jariah, (ii) Ilmu yang dimenfaatkan (orang ramai), dan (iii) Anak Soleh yang mendoakan untuknya” (Hadis).

Wallahualam

Sidang Redaksi
PEMBINAmelaka.com

Leave a Reply