Maratib Amal Yang Kedua – Membentuk Rumahtangga Muslim

Posted on December 5, 2009 by ummu wafa

Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?

Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah bermula dengan Fard al-Muslim (individu muslim), baitul Muslim, Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza sehinggalah akhirnya menjadi ‘Ustaziyatul Alam’.

Dalam mengisi tuntutan ini,  Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang kedua adalah membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

Sehubungan dengan itu, Sidang redaksi ingin mengucapkan ‘Barakallahu Feekum’ dan ‘Alfun Mabruk” kepada semua ahli PEMBINA yang baru dan akan melangsungkan walimah mereka seperti berikut;

  • Akh Faizal ADEL & Ukht Hafizah ADEL, 21 & 28 NOV 2009
  • Akh Fauzi MSIA &  Ukht Huda MESIR, 21 NOV & 6 DEC 2009
  • Akh Hamzah SYD & Dr Ummu Harieza MELB, 13 & 26 DEC 2009
  • Akh Firdaus MESIR & Ukht Syarifah Aisyah MESIR, 13 & 20 DEC 2009
  • Dr Aizad MELB & Ukht Amalina NEWC, 20 & 26 DEC 2009
  • Dr Riduan MELB & Dr Nik Sharina ADEL, 27 & 29 DEC 2009
  • Akh Muslim ADEL & Ukht Izzati ADEL, 9 JAN 2009
  • Akh Syahrul Fitri ADEL & Ukht Rahimah MSIA, 15 & 17 JAN 2009
  • Akh Syafiq MELB & Dr Syarifah MELB, 16 & 23 JAN 2009
  • Akh Yazman Harris MELB & Dr Nik Natasha MELB, 24 & 31 JAN 2009

Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi
PEMBINAmelaka.com

Comments (1)

 

Leave a Reply