PEMBINA Anjur Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009

December 4, 2009 by ummu wafa  
Filed under Hebahan Aktiviti

KARNIVAL SUKAN BELIA ISLAM NASIONAL 09 ANJURAN PEMBINA

poster-KASBI-2009

Al aqlu salim fi jismi salim…

Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat.

Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian agar beliau dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .

Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Justeru, seseorang Muslim memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya agar akhirnya disayangi dan lebih disukai oleh Allah seperti dalam hadith yang mafhumya ‘Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’

Menyedari kepentingan dan keperluan penjagaan jasmani dan tubuh badan yang sihat, Persatuan Belia Islam Nasional akan menganjurkan satu Karnival sukan yang diberi nama;

Karnival Sukan Belia Islam Malaysia 2009!

Bertempat di Universiti kebangsaan Malaysia pada 19 Disember 2009

Sesuai dengan  syariat Islam, tempat dan acara sukan bagi  lelaki dan wanita akan diasingkan. Berikut adalah senarai pertandingan yang ditawarkan bagi Lelaki dan Wanita beserta yuran penyertaan bagi setiap pasukan;

Lelaki

1.      Bola Sepak 6 sebelah – RM100/pasukan

2.      Bola Tampar – RM120/ pasukan

3.      Bola Keranjang – RM50/ pasukan

Wanita :

1.      Bola Jaring – RM100/ pasukan

2.      Bola Tampar – RM 100 / pasukan

3.      Bola Keranjang – RM50/ pasukan

Oleh itulah marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan memeriahkan karnival sukan yang dianjurkan oleh PEMBINA  untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa.

Bagi yang berminat untuk menyertai Karnival tersebut dan mewakili kontinjen Melaka dalam apa jua acara atau memberi apa-apa sokongan dan sumbangan, anda boleh menghubungi wakil kami di talian berikut;

  • Lelaki – Akh Nazri (013-6207576)
  • Wanita – Ukht Hidayah (013-3682505)

Allahuma a`fini fi badani, Allahuma a`fini fi sam’I, Allahum a `afini fi basori ..

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku.

Wassalam,
Sidang Redaksi,
PEMBINAmelaka.com

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!