Karnival Bolasepak 7 Sebelah Belia Melaka 2009
February 10, 2009 by admin
Filed under Hebahan Aktiviti
InsyaAllah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan menganjurkan satu lagi program kesukanan mereka dalam rangka amal mendekati golongan belia di samping menganjurkan cara hidup Islami yang sihat.
Tanggal Ahad, 22 Februari 2009 ini, Karnival Bolasepak 7 sebelah Belia Muslim Melaka akan memulakan sepak mula. Dijangka, 32 pasukan dari sekitar Melaka akan berentap tenaga beradu skil dan kehebatan di atas padang. Antara yang menarik tentang Karnival ini, setiap pemain diWAJIBkan menutup aurat di atas padang dan berakhlak mulia.
Karnival ini juga akan menyaksikan perasmian laman sesawang PEMBINA Melaka secara rasminya oleh Presiden PEMBINA Melaka, Saudara Lukman al-Hakim. Bagi pihak urusetia program, kami mengalu-alukan sebarang penyertaan dari para pembaca. Borang penyertaan dan sebarang peraturan pertandingan boleh dimuat turun di pautan di bawah. Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada Saudara Razak di talian 019-6225284.
Dilaporkan oleh,
Unit Promosi,
Karnival Bolasepak Belia Melaka 2009
Seminar Keluarga Muslim
February 3, 2009 by admin
Filed under Hebahan Aktiviti
Melaka: Menyedari kekusutan pergaulan sosial dan permasalahan para belia dalam menentukan hala tuju hidup mereka, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka menerbitkan satu inisiatif untuk menganjurkan Seminar Keluarga Muslim. Seminar yang akan diadakan pada 15 Februari 2009 ini terbuka kepada para belia Muslim yang tercari-cari sampel sistem pembinaan keluarga Islam seperti yang digariskan oleh syara’.
PEMBINA mengajaka adik-adik yang terlibat dalam masalah percintaan serta keliru dengan alam rumahtangga untuk seketika meluangkan masa mendengar perkongsian ini. Menjadi harapan agar seminar seperti ini mampu menyingkap ufuk baru dalam cara berfikir belia dan menyediakan mereka ke arah melahirkan generasi yang lebih cemerlang di masa akan datang.
Sebarang masalah tentang seminar ini, diminta menghubungi Saudara Lukman di talian 019-2639964.
Jumpa di sana!
Disediakan oleh,
Sidang Redaksi PEMBINA Melaka.

