Karnival Bolasepak 7 Sebelah Belia Melaka 2009
February 10, 2009 by admin
Filed under Hebahan Aktiviti
InsyaAllah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan menganjurkan satu lagi program kesukanan mereka dalam rangka amal mendekati golongan belia di samping menganjurkan cara hidup Islami yang sihat.
Tanggal Ahad, 22 Februari 2009 ini, Karnival Bolasepak 7 sebelah Belia Muslim Melaka akan memulakan sepak mula. Dijangka, 32 pasukan dari sekitar Melaka akan berentap tenaga beradu skil dan kehebatan di atas padang. Antara yang menarik tentang Karnival ini, setiap pemain diWAJIBkan menutup aurat di atas padang dan berakhlak mulia.
Karnival ini juga akan menyaksikan perasmian laman sesawang PEMBINA Melaka secara rasminya oleh Presiden PEMBINA Melaka, Saudara Lukman al-Hakim. Bagi pihak urusetia program, kami mengalu-alukan sebarang penyertaan dari para pembaca. Borang penyertaan dan sebarang peraturan pertandingan boleh dimuat turun di pautan di bawah. Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada Saudara Razak di talian 019-6225284.
Dilaporkan oleh,
Unit Promosi,
Karnival Bolasepak Belia Melaka 2009

