Promosi Kem Lepasan SPM

Posted on January 12, 2009 by admin

Alor Gajah, Melaka: Bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan sekali lagi membawakan program bermanfaat khusus untuk para pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sessi 2008. Program julung kali ini diadakan tanggal 16 hingga 18 Januari dan dibawakan bersama dengan kerjasama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka.

pamphletpageluar

pamphletpagedalam

Program 3 hari 2 malam ini akan menyelitkan antara lain diskusi tentang perencanaan masa depan, perbandingan bidang dan jurusan juga perspektif awal tentang kehidupan siswa-siswi di universiti dalam dan juga luar negara serta pelbagai aktiviti luar dan berkumpulan yang menarik.

Para fasilitator terlatih didatangkan dari kalangan mahasiswa/wi yang masih belajardi universiti dalam dan luar negara serta mereka yang sudah bekerja dalam profession masing-masing bagi memberikan gambaran lengkap tentang halatuju sebelum, semasa dan selepas pendidikan universiti Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi Saudara Mursyidi [013-2070696] atau Saudari Ruzaini [013-2090696] untuk maklumat lanjut. Ayuh sebelum terlambat, hanya RM50 sahaja.

Disediakan oleh,
Urusetia Promosi,
Kem Lepasan SPM Melaka.

Leave a Reply